Sunday, 30 December 2012

NOWADAYS

Assalamulaikum...



Berdarah mata melihat suasana,
Menangis  di balik wajah yang kosong,
Mana perginya harga diri?
Membiarkan anjing liar mendekati,
Menjilat daging hingga menjadi bangkai,
Itu yang engkau mahukan?

Pandangan jijik itu yang engkau cipta,
Jalan pudar itu engkau pilih,
Membiar diri dikuasai oleh nafsu,
Nafsu yang menjadikan dirimu golongan bawahan,
Maluku terhadap dirimu yang cetek mengenal dunia.


Malu,
Malu untuk berhadapan dengan masa depan,
Jika singa itu tidak dihapuskan,
Matilah hati muda di pijak nafsu,
Yang putih menjadi hitam,
Yang hitam semakin hitam...

Bangun,
Kejutkan dirimu dari mimpi itu,
Mimpi yang hanya sebuah janji  sementara,
Merosakkan akal mu yang sedang mengembang,
Dengan tipu helah yang kabur,
Dan terus lemas dengan kesilapan sendiri..




Friday, 28 December 2012

OLD

Assalamualaikum...

Mengapa si tua itu begitu,
Membiar dirinya ditertawa oleh pokok-pokok berulang kali,
Melakukan sesuatu yang tidak diduga,
Mungkin kerana otakmu yang sudah semakin padat dipenuhi oleh sampah,
Sampah yang seharusnya bukan menjadi makanan utama mu.

Mengapa si tua itu begitu,
Membiarkan dunia mengawal dirinya yang sudah luput dimakan usia,
Dunia yang menipu para pemimpin,
Membutakan mata dengan kuasa dan wang,
Seperti raja yang zalim mencekik rakyat.

Aku sedih melihat kulitmu yang berkedut itu,
Bertanya aku pada cermin,
Adakah aku akan begitu di usia tua ku?
Tanya ku lagi pada cermin,
Adakah dunia telah memakan otak ku yang baru berkembang ini?
Hanya si pendusta akan membiar dirinya di makan dunia.




SMILE...

Assalamualaikum....

Aku tersenyum melihatmu diseberang sana,
Berpakaian sopan menyejukkan mata,
Tertunduk-tunduk mengutip kertas yang bertaburan,
Sabar dirimu ku kagumi,
Berterbangan kertas-kertas ditiup angin,
Tidak pada kesabaran mu,
Aku melihat diriku,
Tidak dapat ku bandingkan dengan mu,
Malu, malu si fakir bersama dengan pemilik emas.



Tersenyum si fakir menerima secangkir emas,
Penantian yang lama ditunggu oleh si fakir,
Walaupun bukan itu yang dia mahu,
Namun secangkir emas itu mampu memberi senyuman untuk 1000 tahun lagi,
Seperti getah tayar yang cuba untuk menyalakan api yang besar,
Api yang akan memakan semua sampah yang melekat pada dinding besi,
Tidak akan terus duduk dan menanti lagi si peganggur,
Senyuman yang terlukis di wajah yang kosong,
Punca nyalaan api yang selama ini hanya sebesar debu.



Thursday, 27 December 2012

DILEMMA

Assalamualaikum....

Gambar Hiasan
               Malam tadi rumah aku blackout...elok aku tgh rajin nak menulis, dekat 3 page aku menulis.Lagu yang aku tgh dengar tibe2 hilang.Screen monitor aku pun tibe2 tak keluarkan cahaya.Bilik aku menjadi gelap.Aku pun menjadi kaku seperti terkejut melihat harimau dihadapan aku.Bukannya sebab  takut akan gelap.Aku lupa nak save segala bagai yang aku dh tulis tu.Bagus sangat la!

            Aku pun termenung dalam kegelapan.Naik ke atas katil untuk menenangkan diri yang baru dikejutkan oleh kegelapan yang tidak diduga.Baring sambil menunggu cahaya kembali semula untuk menerangi kegelapan yang menyelubungi aku.Aku ditenggelami dengan peluh ku sendiri apabila kegelapan semakin menguasai diri aku.Panas, sungguh panas bila gelap semakin menjadi gelap.Kelopak mataku tidak berfungsi dalam kegelapan itu.Sepertinya kelopak mataku tidak mahu melabuhkan dirinya untuk menutup pandangan ku yang hanya tertumpu pada kegelapan.

                Apa yang aku mahukan? bisik aku dalam kegelapan.Diri berasa semakin sempit di himpit oleh kegelapan beserta hatiku yang tidak menentu memikirkan masa depan ku.Apakah aku hanya mahu keluar dari kepompong atau mahu belajar sesuatu di luar sana? bisik ku lagi dan semakin panas ku rasa.Lamunan ku terhenti apabila cahaya yang kutunggu telah muncul dan mengalahkan kegelapan yang semakin menghimpit ku itu.Seperti orang yang baru sahaja selesai membakar lemang, aku pun keluar dari bilik menuju  bilik mandi untuk menyejukkan badanku yang basah dengan peluhku sendiri.

               Namun, dilemma ku tetap tidak berakhir.Apa yang harus aku lakukan...semua ini datang secara mengejut dan tiba-tiba.mungkin aku belum bersedia...Arghhhh, mana mungkin.Setahun engkau menunggu sesuatu untukmu..apakah itu yang engkau katakan tidak bersedia..jangan la bersikap seperti kanak-kanak yang baru tahu berkata-kata.Tidak tahu apa yang diucapnya itu, namun tetap diucapnya berulang-ulang kali.Tidak kah engkau mahu mengubah nasibmu sendiri.jangan sesekali engkau berdusta pada dirimu sendiri.aku tahu yang engkau sudah lama bersedia.Namun oleh kerana peluang itu tidak pernah muncul selepas engkau melepaskan peluang yang pertama itu, engkau hanya duduk dan membiarkan dirimu di gunakan oleh orang lain.Aku lihat engkau seperti boneka.Tali dibadan mu dipegang oleh orang sekelilingmu.Mengapa? Mengapa engkau membiarkan diri mua dikuasai? mana pergi kuasa yang ada padamu.Mana pergi suara mu? MANA? Aku sedih melihat dirimu.Oleh kerana aku terkunci didalam jasadmu, aku hanya mampu mengingatkan engkau bahawa engkau tidak seharusnya membiarkan dirimu dikuasai.Buatlah keputusan mu sendiri di atas kehendakmu sendiri.Jangan berlakon lagi, tunjukkan dirimu yang sebernanya.tunjukkan wajah mu yang sebenar dimana selama ini berselindung disebalik topeng yang engkau pakai.aku tahu kemampuanmu kerana aku adalah sebahagian daripada mu...bersuara lah...bersuara lah...sampai bila engkau mahu menyorok disebalik timbunan kayu yang reput itu? ia tidak dapat membantumu..kayu-kayu itu tidak dapat membantu mu untuk menahan puluhan peluru yang datang kearahmu..jika engkau masih seperti itu, aku pasti suatu hari nanti hati mu akan mati dan engkau akan hidup tanpa hatimu itu...

         

Saturday, 22 December 2012

GAPS

Assalamualaikum..........

              Sejak kebelakangan ni la, aku rasa mcm ada something wrong with me.Tak tau la kenapa apa je yang aku buat mesti jadi susah sangat.Mybe perasaan aku kot or mybe macam yang aku terangkan kt atas tdi, ada sesuatu yang tak betul.Mungkin aku tak sedar benda tu tak betul or mybe aku sedar, tapi buat2 tak tahu.Tutup sebelah mata je.Apa yang aku tau sekarang ni, aku mmg tak tau kenapa aku rasa mcm tu.Jadi, sambungan untuk BAB 2 aku tu mybe lmbat ag kot.Sebabnya mcm yang dh aku terangkan kt atas tadi.Semua yang aku buat jadi mcm susah nk disiapkan.Aku baru taip 2,3 baris, tiba2 aku berhenti and terus tak tau nak tulis apa.Macam benda yang aku nak tulis tu tiba2 lari plak.Malas la plak nak kejar.HAHAHA..

            Kalau nak tunggu BAB 2 aku tu siap, xtau la bila.Jadi aku xnak la blog aku ni hanya ada satu post.So aku take action untuk tambah isi dalam blog ni.Mybe cerita yang akan aku sampaikan dalam blog ni adalah pendapat-pendapat aku perihal isu2 semasa or isu2 yang berlaku di sekeliling kita.Yang mana aku rasa menarik untuk di cerita kan aku  tulis la.Story pasal aku? tak kot, xnak la cerita pasal diri sendiri dlm blog.mcm xbest plak kan...orang tau kita ni mcm mana.xsyok la...HAHAHAHAHAA..tpi kalau yang jenis pandai menilai,  xpyh cerita pasal aku kt dlm ni pon dia bleh tau aku mcm mana kn.Baca apa yang ada dlm ni pun dh boleh tau aku ni mcm mana orgnya.so, kita jangan la hanya baca sesuatu cerita tu hanya pada isi tersurat saja, tgk la pada isi tersiratnya juga.

            Baru aku perasan, aku dh tulis berbaris2 dalam post ni.Kenapa aku xboleh sambung BAB 2 aku mcm ni ye.Mybe sbb aku xdpt feedback dari pembaca.so tu yang menyukarkan aku untuk sambung cerita balik.xtau mana silap yang perlu aku betulkan.Yela kan, aku xtau apa yang aku perlu perbaiki dlm BAB 1.Entah banyak yang aku repair balik kan.Lepas tu nak buat BAB 2 secara membabi buta..lagi bertambah2 la kesilapan yang perlu aku perbaiki..jadi mybe tu la masalah yang aku hadapi sekarang ni.tpi tak, tak cuba mana kita tau kan...belajar dari kesilapan adalah sesuatu yang sangat bagus.kalau tak buat silap, mana kita nak tau silap tu apa kan..kalau dh seumur hidup buat betul je, buang word SILAP tu dalam kamus...HAHAHA...

          Ok la...dh malas nak taip.kang sembang panjang2 hilang pula idea aku nak sambung BAB 2 aku tu.So, tu je...END

Friday, 7 December 2012

BAB 1


BAB 1

            Sinar mentari yang menyinari keheningan pagi itu sungguh mempersonakan.Cuaca yang kelihatan sungguh ceria itu seolah-olah akan berkekalan hingga ke malam harinya.Bunyi kicauan burung dan unggas menjadi penyeri suasana pada pagi itu di sekitar kawasan kediaman Syakir yang terletak di hujung kampung Mersing .Pokok-pokok yang rimbun menghijau daun-daunnya memberikan satu panorama yang amat menenangkan jiwa kepada para pencinta alam seperti Syakir.Sebagai seorang yang bergelar arkitek, ketenangan adalah kunci untuknya menghasilkan karya seni yang terbaik.Tidak hairanlah jika Syakir sering mendapat anugerah senibina terbaik di kalangan arkitek muda dan mendapat kepercayaan yang tinggi oleh syarikat-syarikat besar dalam memberikannya projek-projek yang memakan jutaan ringgit.Kunci yang selama ini bersama dengannya itu banyak memberi kelebihan kepada dirimya.

           Namun, suasana yang sungguh mempersonakan pandangan mata pada pagi itu tidak dihiraukan olehnya.Syakir bergegas keluar dari rumahnya  membawa beg berisi dengan pakaian yang cukup untuk dipakai selama seminggu.Dia tahu dia sudah tersasar dari jadual asal untuk bercuti bersama keluarga dan tunangnya di Langkawi.Akibat terlalu lewat pulang ke rumah selepas bertemu teman akrabnya, dia terlewat untuk menyedarkan diri yang lena dibuai mimpi indah pada pagi itu.Agak sukar untuknya menolak pelawaan Halim bertemu dengannya pada malam itu, walaupun dia tahu keesokan harinya dia mempunyai rancangan bersama keluarga dan tunangnya.Syakir bukanlah seorang yang tidak menepati masa.Sifat yang tidak suka membuang masa dan melengah-lengahkan masa itulah yang membuat dirinya dipercayai oleh kebanyakan orang disekelilingnya.Oleh kerana Halim merupakan sahabat akrab sejak di bangku sekolah, memang sukar untuk menolak pelawaan rakannya itu.Tambahan pula, Halim yang baru sahaja pulang ke Malaysia setelah 8 tahun menghabiskan masa menyambung pelajaran di negara atas angin, membuatkan dirinya ingin bertemu dengan sahabatnya itu.Agak jarang mereka meluangkan masa bersama-sama setelah Halim berangkat ke luar negara.

            “Syakir, makan la dulu kalau lewat pun.Tak lari ke mana pun tempat yang kamu nk pergi tu.Ni, Mak Mah dah masakkan kamu Nasi Goreng Ikan Sardin.Makan dulu” pekik Mak Mah dari dapur memanggil Syakir yang kelihatan tergesa-gesa.

            “Ala, dah lewat ni Mak Mah.Ibu pun dah call tadi, katanya ayah dah bising-bising kat rumah tu.Ni Mak Mah la punya pasal.Kenapa tak kejutkan saya subuh tadi? Tak pasal-pasal saya bangun lewat” balas Syakir dengan nada yang agak marah sambil memakai kasut di hadapan pintu rumah.

            “Eh, salahkan Mak Mah pula dia ni.Syakir la yang tak reti nak tutup lampu bilik bila dah tidur.Mana la Mak Mah tau yang kamu tu tidur lagi subuh tadi.Mak Mah tengok lampu bilik kamu terpasang je, jadi Mak Mah ingat kamu dah bangun la.Selalu kan kamu bangun awal.Salahkan diri tu sendiri lain kali.Yang balik lewat sangat malam tadi kenapa.Dah tau awak tu nak bercuti esok kan.Pandai-pandai la jaga masa tu.Takkan la tu pun nak Mak Mah uruskan.Kamu tu dah besar panjang, boleh pikir sendiri kan” rungut Mak Mah yang menuju ke arah Syakir yang tergesa-gesa mengikat tali kasut.


            Mak Mah yang sudah 2 tahun berkerja sebagai orang gaji di rumah Syakir, paham sungguh kerenah majikannya itu.Sebagai ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak, sudah menjadi kebiasaan kepada Mak Mah dengan ragam Syakir itu.Mak Mah yang sebelum ini menjual kuih dan nasi lemak sebagai sumber kewangan untuk anak-anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti, amat bersyukur kerana bertemu dengan Syakir.Sikap Syakir yang tahu menghormati orang tua dan telah banyak membantu Mak Mah dalam segi kewangan, telah membuat Mak Mah terhutang budi dengannya.Syakir tidak pernah meminta  Mak Mah supaya membayar semula apa yang telah dia lakukan, malahan Syakir telah menganggap Mak Mah seperti ibunya sendiri.

            “Yela, Syakir la yang salah.Mak Mah ni kalau dapat meleter, memang panjangkan.Mungkin sampai esok pon tak habis” gurau Syakir.

            “Dah tu, kalau tak kene leter, mana la kamu nak ingat kan.Eh, kamu ni tak nak makan dulu ke? Kalau ye pun, makan la dulu.Buat penat je Mak Mah masak pagi-pagi untuk kamu.Karang tak makan, masuk pula angin dalam perut tu.Makan la sikit” pinta Mak Mah.

            Mak Mah selalu menyediakan sarapan pagi sebelum Syakir keluar pergi ke pejabat.Pada hari minggu pula, Syakir akan menyediakan sarapannya sendiri kerana tidak mahu Mak Mah bersusah payah untuknya pada hari cuti.Mungkin kerana umur Mak Mah yang sudah mencapai 50-an itu membuat Syakir tidak mahu melihat Mak Mah membuat kerja-kerja berat.

            “Dah lewat sangat ni Mak Mah.Karang bertambah bising pula ayah kat rumah tu.Ni Mak Mah, nanti masa saya tak ada kat rumah, tolong tengok-tengokkan la rumah saya ni ye.Tak pun Mak Mah bawa je anak-anak Mak Mah duduk kat dalam rumah saya ni.Dorang pun tentu seronok.Tambah-tambah pula tengah cuti semesta, boleh la dorang luangkan masa dengan Mak Mah kat rumah saya ni.Mak Mah pun tak kesahkan tinggal kat rumah saya beberapa hari ni kan”

            “Yela, nanti Mak Mah bawa ayam dengan itik dekat rumah tu tinggal sekali ye.Senang cerita, Mak Mak tukar rumah dengan kamu la” balas Mak Mah dengan guraunya.

            “Mak Mah ni, gurau pula dia.Saya serius ni.Mak Mah tinggal jela dekat rumah saya.Rumah Mak Mah tu jiran sebelah pun boleh tengok-tengokkan.Rumah saya ni sapa pula yang nak tengokkan nanti.Silap-silap hari bulan, pencuri yang tengok-tengokkan pula.Boleh ye Mak Mah”

            “Yela-yela.Tak payah la kamu risau.Nanti Mak Mah bawa anak-anak Mak Mah tinggal dekat rumah kamu ni.Dah, karang bising pula ayah kamu.Bawa kereta elok-elok.Jangan lupa kirim salam dekat ayah dengan ibu kamu ye” pesan Mak Mah.

           “Terima kasih Mak Mah.Saya gerak dulu ye.Assalamualaikum” balas Syakir dan bergerak meninggalkan kawasan kediamannya itu.

..........................................................................


           “Mama, dah call Syakir tak? Dah pukul berapa ni.Tak sampai-sampai lagi ni.Janji pukul 9, ni dah pukul 10.Awak call dia sekarang”

           “I dah call dia 5 kali awak.Tunggu jela, dia tengah drive tu.Takkan i nak ganggu dia tengah drive.Kita tunggu jela” balas Puan Fauziah kepada suaminya, Dato’ Hamdan.
  
          Puan Fauziah yang sibuk melayan cucu terhenti sebentar apabila talipon bimbitnya berbunyi.Dato’ Hamdan yang mundar mandir di ruang tamu pun turut berhenti apabila mendengar panggilan dari talipon bimbit isterinya itu.Dengan pantas dia pun terus mencapai talipon isterinya itu sebelum panggilan itu berhenti.

           “Hello Syakir.Ni papa cakap.Kamu bila nak sampai ni? Semalam kamu bagitau sampai pukul 9.Sekarang dah pukul 10.Kenapa lewat sangat ni?”

            “Sorry papa.Syakir bangun lewat tadi.Tu yang terlewat.Syakir lambat lagi nak sampai ni papa.Nak kena ambil Safia lagi.Papa dengan kakak gerak la dulu.Kita berkumpul dekat sana jela ye papa.Syakir lambat lagi ni” balas Syakir kepada Dato’ Hamdan dengan rasa  bersalah kerana terlewat dari perancangan mereka.

            “Lain kali kunci jam tu.Ermm, tak apa la.Papa dengan kakak gerak dulu la.Lagi pun papa dah malas nak tunggu kamu.Dah lewat sangat ni”

           “Kita jumpa dekat sana ye papa.Kir nak drive ni, bye” balas Syakir dan terus menamatkan panggilan itu.

            “Awak, panggil Amirah turun.Kita bertolak sekarang.Kir suruh kita gerak dulu.Dia lambat lagi katanya”

           “Hurm, saya dah kata tadi kan.Kita bertolak je dulu.Tu la awak, bila saya cakap awak bukannya nak dengar.Kir tu anak saya.Saya tahu la macam mana dia tu” balas Puan   Fauziah sambil merungut.

            “Alia tunggu sini dengan atok ye.Nenek nak naik atas panggil ibu kamu turun”

             Alia yang baru berusia 3 tahun seperti sudah faham apa yang disuruh oleh neneknya apabila diberitahu padanya.Alia, anak kepada Amirah iaitu kakak angkat kepada Syakir adalah satu-satunya cucu Puan Fauziah dan Dato’ Hamdan.Telatah dan ragamnya menjadi penyeri buat Puan Fauziah yang sudah lama mahukan cucu dari anak kandungnya itu.Namun, anaknya itu seperti hilang punca selepas kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya.Amirah seperti hilang tempat bergantung.Alia lah menjadi tempat dia melepas rindu kepada suaminya yang sudah 2 tahun pergi meninggalkannya.Puan Fauziah amat memahami perasaan anaknya itu.Oleh kerana itu lah dia tidak pernah menolak permintaan anaknya.Pernah sekali Amirah meminta Puan Fauziah agar menolak pinangan anak sahabatnya.Amirah tidak mahu tempat suaminya itu diganti oleh lelaki lain.Bagi Amirah, itu lah cinta pertama dan terakhirnya.Tidak akan ada pengganti yang lain diantara diri dan anaknya, Alia.

............................................................................................


            “Sayang, kenapa you lewat? Lama tau i tunggu”

           “Sorry la you.I terlewat bangun pagi tadi.bukan sengaja nak lewat-lewat ni.You pun tau kan jenis macam mana ” balas Syakir kepada tunangnya, Safia.

            “Yela.nak pergi ambil barang kejap dalam rumah.You tolong la masukkan beg-beg ni dalam kereta ye”

           “Banyaknya beg you.You ni nak pergi bercuti ke or nak pindah rumah?” sindir Syakir.

            “You ni banyak soal pula.Dah la datang lewat, lepas tu nak sindir-sindir pula ye.I ni perempuan.Mesti la bawa banyak kain baju.Lain la macam you tu.Kalau pakai seluar, seminggu pun tak apa kalau tak basuh kan” rungut Safiah sambil berjalan masuk ke dalam rumahnya.

           “Syakir, ibu dengan ayah kamu sihat?”

            “Oh, uncle.Tak perasan pula saya uncle kat situ tadi.Sihat, ayah kirim salam” balas Syakir sambil mengangkat masuk beg-beg Safia ke dalam kereta.

           “Waalaikumusalam.Berapa lama kamu nak bawa anak uncle bercuti ni? Bukan apa, makcik kamu tu tak boleh nak berenggang dengan anak perempuan dia tu lama-lama.Takut pula nanti tak boleh tidur malam makcik kamu tu.Yela, tu jela satu-satunya anak perempuan yang dia ada” gurau ayah Safia sambil menggilat kayu golf di beranda rumahnya.

            “Yela tu.Sebenarnya uncle kamu ni yang nanti tak tidur malam.Abang tak payah la nak risau sangat pasal Safia tu.Tau la Syakir ni nak jaga dia.Lagi pun parents Syakir kan ada sekali” celah ibu Safiah menyindir suaminya.

           “Awak ni.Pandai-pandai je kata saya.Saya tak ada apa-apa la kalau Safia tu pergi bercuti pun.Selama ni dia pergi belajar dekat luar pun saya tak ada apa-apa.Awak ni pandai-pandai je kata saya risau”

            “Yela awak tak rasa apa-apa masa dia belajar dulu.Kalau dah tiap-tiap hari suruh saya call anak awak tu, tak ada risau apa-apa ke?” balas lagi ibu Safiah yang sedang membaca majalah wanita di beranda rumah menemani suaminya itu.

            “Yela-yela.Awak menang la.Malas la nak lawan dengan awak ni”
          
           “Ayah ni, kalau tak gaduh dengan mama sehari tak boleh ke?Ayah tak payah la risau pasal adik.Syakir kan ada.Dia boleh jaga adik.Ayah ni macam tak percaya dekat dia pula” Safiah mencelah perbualan ibu dan ayahnya.
            
      “Sapa kata ayah tak percayakan dia pula? Ayah percayakan dia.Kalau ayah tak percayakan dia, tak pergi bercuti kamu sekarang ni.Betul tak cakap ayah ni?”
           
          “Betul juga tu uncle” Syakir yang tiba-tiba menjawab soalan ayah Safia sambil senyum ke arah Safia.
          
          “Okay la uncle, kami nak kene bertolak sekarang.Ni pun dah lewat sangat.Family saya pun dah bertolak dari rumah tadi.Safia, jom kita gerak sekarang”

            “Kamu jaga diri elok-elok dekat sana nanti tau” pesan ayah Safiah kepadanya.
           
           “Yela ayah.Jangan risau.Ayah tu, jangan tak tidur pula malam nanti” balas Safia bergurau dengan ayahnya.

“Ibu, Safia pergi dulu ye”

“Yela, kamu tolong kirimkan salam ibu dekat mak Syakir tau” balas ibu Safia.

Safia bersalam-salaman dengan ibu dan ayahnya sebelum pergi meninggalkan rumahnya itu.
...............................................................................

“Kita berhenti sekejap kat sini ye sayang.I penat ni”

Okay.pun nak pergi tandas ni” balas Safia.

Syakir yang kepenatan memandu kereta berhenti sebentar di stesen minyak untuk berehat beberapa minit selepas memandu selama 3 jam.Safia terus keluar dari kereta dan berlari anak menuju ke tandas.Syakir yang masih di dalam kereta dengan perlahan melelapkan matanya sebentar.

“Eh, sapa pula yang call ni? Baru nak rehat kejap.Kacau betul la” Syakir yang baru sahaja mahu melabuhkan kelopak matanya itu terkejut apabila telipon bimbitnya berbunyi.

Hello, Syakir bercakap.Sapa ni?”

“Selamat petang.Encik Syakir ye.Saya doktor dari Hospital Besar Ipoh.Ada perkara penting yang saya perlu sampaikan kepada encik.Saya harap Encik Syakir bawa bersabar”

“Kenapa pula ni doktor? Apa yang dah berlaku? Setahu saya la saya tak ada kenalan dekat Ipoh.Doktor salah orang ni” balas Syakir dengan nada keletihan

“Encik Syakir kenal dengan orang yang bernama Mohamad Hamdan Bin Kamarudin”

“Ye saya kenal.Tu ayah saya.Kenapa dengan ayah saya doktor?” tanya Syakir yang sedikit terkejut apabila mendengar nama ayahnya.

“Keluarga encik terlibat dalam kemalangan sebentar tadi di lebuhraya Ipoh dan mereka semua tak dapat di selamatkan.Saya harap Encik Syakir boleh bawa bertenang dan bersabar.Kami..”

Syakir dengan serta merta mematikan panggilan itu.Dia kelihatan sungguh terkejut.Nafasnya menjadi laju.Dia masih terkaku di dalam kereta selepas mendengar berita itu.Dia seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku pada keluarganya.



“Sayang, kenapa ni? Kenapa tangan you menggeletar? “ soal Safia yang baru sahaja sampai di kereta dari tandas.

You, jom kita gerak sekarang”

“Sayang, kenapa ni? Kenapa mata you berair ni.Kenapa you menangis?. Apa yang dah jadi ni?.Jangan bagi i risau boleh tak” soal lagi Safia melihat Syakir yang kelihat sungguh terkejut itu sambil masuk ke dalam kereta.

Tanpa menjawab sebarang pertanyaan Safia, Syakir terus menghidupkan kereta dan bergerak menuju ke Hospital Besar Ipoh itu.

You, kenapa diam je ni? Jawab la soalan ”bertalu-talu Safia menyoal Syakir.Namun Syakir tetap mendiamkan diri.Mulutnya seperti telah terkunci setelah mendengar berita yang sungguh memeranjatkan itu.

You, laju sangat ni you bawa, bahaya la.Dah la you tak jawab soalan i. Lepas tu you buat i jadi takut sekarang ni” Safia menegur Syakir dengan nada yang tinggi.

You boleh diam tak! “ Syakir menoleh dan meninggikan suara ke arah Safia yang masih merungut itu.

Safia yang merungut, terdiam dan terkejut apabila dia dimarahi oleh Syakir sebegitu dahsyat.Tidak pernah Syakir meninggikan suara kearahnya sebelum ini.Tetapi hari ini, Safia amat terkejut apabila Syakir bersikap sebegitu kepadanya.Dia seolah-olah tidak percaya apa yang sedang dia alami.

Youuu, loriii!”

Dengan kelajuan yang tinggi, kereta yang dipandu oleh Syakir itu terus merempuh tembok jambatan selepas Syakir berjaya mengelak lori dihadapanya dan tercampak ke dalam sungai.Keadaan di sekelilingnya tiba-tiba bertukar menjadi putih.Semua objek yang berada di sekelilingnya dengan perlahan lenyap dari pandangan mata.Seolah-olah ada sesuatu yang menyedut kesemua objek itu.Safia yang berada bersama dengannya dalam kereta sebentar tadi turut lenyap dari pandangan matanya.Syakir sungguh terkejut apabila menyedari dirinya tidak lagi tercampak ke dalam sungai.Tetapi tercampak ke dalam dimensi yang lain.Dalam keadaan suasana yang sungguh sepi dan serba keputihan itu, Syakir seperti orang buta yang mencari tongkatnya.Tiba-tiba muncul sebuah pintu dihadapannya.Syakir sungguh terkejut kerana pintu yang muncul dihadapanya itu mengeluarkan bunyi yang sungguh menakutkan.Dirinya seolah-olah telah dipukau oleh pintu itu untuk membuka dan melihat  disebalik pintu yang muncul secara tiba-tiba itu.Dengan perasaan yang sungguh berdebar-debar, jantungnya berdegup dengan sungguh kencang seperti dia baru sahaja berlari 100 meter, dia memulas tombol dan membuka pintu itu.Muncul cahaya yang terlalu terang sehingga menyakitkan anak matanya.



“Syakir, panggilan telipon untuk kamu ni!”

Dengan serta-merta Syakir membuka mata setelah terjaga dari tidurnya.Suara Mak Mah yang sungguh kuat itu telah membuat dirinya terselamat dari mimpi buruk itu.Syakir seperti baru sedar dari koma.Syakir menarik nafas panjang dan menghembus semula dengan perlahan setelah sedar bahawa apa yang dialaminya itu bukan lah mimpi.Tetapi peristiwa yang pernah berlaku kepadanya sebelum ini.Termenung sebentar Syakir memikirkan mimpi itu.

“Syakir, panggilan telipon untuk kamu ni.Cepat la pergi jawab panggilan tu.Dah lama orang tu tunggu”

“Ye, Syakir nak keluar pergi jawab la ni” balas Syakir.

Syakir yang terhenti dari lamunannya itu terus keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu untuk menjawab panggilan itu.

        


  KALAU DAH BACA TOLONG LA KOMEN SKIT.NAK HENTAM CERITA AKU NE PON BOLEH.KALAU KORANG RASA OK, AKU AKAN BUAT SAMBUNGAN CERITA NE.SEBAB NE BARU BAB 1.TAK KAN LA CERITA NE TERGANTUNG MCM TU JE. HAHAHAHAHA....

PLEASE YEA KOMEN..SAJA NAK TRY PENULISAN AKU NI.OK KE TAK..HAHAHAHA....