3 hari yang lepas, aku ke PUTRAJAYA menghadiri mesyuarat kerajaan.Dalam mesyuarat tu aku mengeluarkan suara supaya kerajaan perlu ditukar yang baru..HAHAHAHA
Ok2, lupakan ayat kat atas tu.Tu main2 je.3 hari yang lepas aku ke PUTRAJAYA dengan sekumpulan pelajar POLITEKNIK PORTDICKSON menghadiri pertandingan PIDATO ANTARABANGSA PIALA PERDANA MENTERI.Jadi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan tu datang dari pelbagai negara.Antaranya yang boleh aku senaraikan ialah Afghanistan, Jordan, China, German dan dari amerika selatan(panama).Kebiasaannya warga asing yang bertutur dalam bahasa ibunda kita tidak dapat bertutur dengan baik.Biasanya dialek mereka akan dapat kita dengar dengan jelas.Tapi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan ni dapat bertutur dalam bahasa ibunda kita dengan cukup bagus dan jelas.Tak sangka aku.Tapi tak semua la yang dapat bertutur dengan baik.Apa yang aku nak sampaikan ialah, aku bangga la bila ada orang asing yang dapat bertutur bahasa melayu dengan lancar.Cara mereka bercakap tak ubah seperti kita bersembang bersama-sama rakan kita ataupun ahli keluarga.Amat menakjubkan.Jadi, dari situ aku dapat belajar sesuatu yang bernilai.Tak semestinya kita hanya perlu menggunakan apa yang kita dah biasakan.Kadang-kadang sesuatu yang baru juga perlu kita terapkan dalam kehidupan kita.Benda yang baru tu lah yang akan memberi perbezaan kita dengan orang lain.
So, masa kat sana sempat la aku bergambar dengan satu buku ni.Buku ni memang best.Bukan isi dalam nya la.Tapi cara penyampaian isi tu yang best..Macam komik spiderman...HAHAHA
![]() |
Tajuk buku yang aku pegang tu "1001 MUSLIHAT NAJIB TIPU RAKYAT" HAHAHA... |
No comments:
Post a Comment