Hampir 30
minit aku termenung di atas katil bilik ku.Masih terpapar jelas wajahku yang
baru lepas terjaga dari tidur.Suara-suara dari luar aku tidak hiraukan sehingga
aku rasa hanya aku seorang sahaja di kamsis .Sungguh sunyi dan sepi aku
rasakan.Tiada sebarang bunyi yang dapat memecahkan kesunyian yang aku rasa
selama 30 minit itu.Mata ku hanya tertumpu pada dinding bilikku yang dipenuhi
dengan tulisan-tulisan penghuni biliku sebelum ini.Seperti ada sesuatu yang
menarik perhatianku kerana pandanganku tidak beralih arah walaupun sesaat.
“Sampai
bila?” bisik hati bertanya pada diriku.Tiada jawapan yang dapat ku berikan
kerana aku tak tahu jawapan untuk persoalan itu.Berkerut dahi ku.Sepertinya ada
sesuatu yang ingin aku luahkan yang selama ini menjadi beban kepada
hatiku.Berat aku rasakan.Beribu cubaan telah ku lakukan untuk meringankan berat
itu.Namun hasilnya hanya menambahkan berat itu.Aku tidak pasti jika apa yang
aku rasakan ini adalah parasit dalam hidupku, ingin sahaja aku buang terus dari
hidupku.Ingin sahaja aku memecahkan kepala ku agar kesemua ingatanku
hilang.Sudah pasti beban yang berat itu turut pergi bersama ingatanku.
Tapi, apa
pula yang akan terjadi pada diriku dan juga kepada mereka yang berada
disekeliling ku.Adakah aku akan membebankan mereka pula? Oleh kerana tindakanku
yang terlalu mengikutkan perasaan itu, aku telah memberi bebanan kepada mereka
yang lain.Terlalu mementingkan diri tidak dapat memberi kebaikan kepadaku.
Ketukan
pintu telah membuat lamunanku terhenti.Pandanganku beralih ke pintu bilikku.
“Siapa?”
tanyaku.Tanpa sebarang jawapan pintu itu diketuk lagi.
“Siapa?”
untuk kali yang kedua soal ku.Namun tetap sama dengan tiada sebarang jawapan.
Aku bangun
dari katil dan dan terus menuju ke pintu.
“Siapa?”
soalku lagi untuk kali yang terakhir.Namun perkara yang sama berlaku.Tiada
sebarang jawapan.
Jam tepat
pukul 1230.Menjadi tanda tanya kepadaku.Siapa yang mengetuk pintu bilikku.Dengan
perasaan yang ingin tahu, kucapai tombol pintu dan memulasnya.Aku membuka
sedikit pintuku dan melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu ku.Bertambah
persoalan lagi kepadaku apabila kudapati tiada siapa.Lalu ku membuka
keseluruhan pintu bilik ku dan menjenguk keluar.Tiada kelibat ataupun bayang
yang dapat ku lihat.
“Siapa yang
ketuk pintu bilik ni?” soal ku.
Aku pun
kembali ke dalam bilik dan menutup semula pintuku.Berkerut dahiku memikirkan
siapakah yang mengetuk pintu bilikku.aku kembali semula ke tempat
asalku.Berbantalkan timbunan kain bajuku yang masih belum berlipat, aku
melabuhkan kepalaku.Masih terapung-apung di fikiranku.Siapa agaknya yang
mengetuk pintu bilikku.Terhenti sebentar apabila perut ku berbunyi.Jam ku
perhatikan lagi.Hampir pukul 1300.Aku masih tidak mengisi perut ku.
Tanpa
melengahkan masa aku pun bangun semula dari katil dan menuju ke almari yang hanya beberapa
tapak dari katilku.Pintu almari ku buka
dan ku capai sehelai baju putih.Laci kemudianya ku buka dan ku capai beg duit
ku yang tersorok ke dalam sedikit.Ku belek beg duit ku dan hanya ada dua helai
wang kertas yang berwarna merah.Baju putih yang kucapai sebentar tadi ku
sarungkan ke badanku dan aku terus
menuju ke pintu bilik untuk keluar pergi mencari makanan.Sebaik sahaja aku
menghampiri pintu bilik, aku dikejutkan lagi dengan bunyi ketukan.Dengan
segera, aku terus mencapai tombol pintu dan membuka pintu bilikku.Alangkah
terkejutnya aku apabila tiada siapa yang aku lihat dihadapan bilikku.Dengan
perasaan yang curiga aku terus menjenguk keluar bilik dan aku lihat satu
kelibat yang berlari keluar ke tangga bangunan kamsisku.Tanpa berfikir panjang
aku terus mengejar kelibat itu untuk mengetahui siapakah itu.Semakin aku kejar
semakin jauh aku ditinggalkan oleh kelibat itu.Akhirnya aku mengambil keputusan
untuk berhenti mengejarnya.Aku membongkokkan badanku dan tercungap-cungap aku
bernafas disebabkan kepenatan mengejar kelibat itu.Dalam kepenatan itu, aku
baru menyedari aku terlupa untuk menutup pintu bilikku sebelum mengejar kelibat
itu.Dengan pantas aku berlari anak kembali semula ke bilikku untuk menutup
pintu.Terseradung aku jatuh ke lantai di sebabkan kakiku tersangkut di palang
ketika ku cuba untuk melompat menyeberangi
palang itu.Berdarah sikuku kerana cuba untuk menahan badanku dari rapat ke
lantai.Dengan perasaan yang geram, aku bangun semula dan memaki palang yang
tidak bernyawa itu.Aku kemudian bergerak semula ke bilikku yang masih belum
tertutup.
Sebaik
sahaja sampai di aras bangunanku, aku melihat pintu bilikku sudah tertutup.
“Mesti angin
tiup dari dalam”, aku membuat andaian.Aku terus menghampiri bilikku untuk memastikan
tiada siapa yang berada di dalam biliku.Terkejut aku apabila aku tidak dapat
membuka pintu bilikku kerana terkunci dari dalam.Seingatku pintu kubiarkan
tidak berkunci dari dalam sebelum aku mengejar kelibat itu.Menjadi tanda tanya
kepadaku bagaimana pintu bilikku boleh terkunci dari dalam.
“Mungkin dia
dah balik kot” aku membuat andaian lagi.Aku pun mengetuk pintu bilikku.Namun tiada
sebarang reaksi atau jawapan dari dalam ku dapat.Lalu aku pun menyeluk poket
seluarku untuk mengambil kunci bilikku.Hanya itu sahaja cara untukku membuka
pintu bilikku.Namun tiada apa-apa yang ku dapat dari poket seluarku.Kunci
bilikku tiada di dalam poket seluarku.Aku sedikit terkejut dan meraba-raba
badanku mencari kunci.
“Mesti
tercicir dekat palang tadi”, fikirku.Lalu aku kembali semula ke tempat dimana
aku terjatuh sebentar tadi.Sebaik sahaja sampai, kunci bilik ku lihat berada di
dalam longkang berhampiran palang itu.Aku pun mengambil kunci itu dan kembali
semula ke bilikku.Sikuku masih berdarah.Aku kemudianya terus pergi ke bilik air
untuk mencuci sikuku yang berdarah itu.Sakitnya masih dapat ku rasa apabila air
kusiram ke tempat luka.Aku kemudianya mengelap sikuku dengan kain bajuku untuk
mengeringkan basah pada sikuku.Sambil itu aku berjalan keluar dari bilik air
yang hanya beberapa tapak dari bilikku.Teringat aku untuk makan apabila perutku
berbunyi semula.Aku pun meraba poket seluarku mencari beg duitku.Baru aku
sedari beg duit ku juga tercicir di palang itu.Terhantuk kepalaku di pintu
bilik kerana tidak menyedari aku sudah merapati pintu bilik.Aku pun berpusing
dan terus berlari anak sambil mengusap dahiku yang terhantuk di pintu bilikku.
“Harap-harap
tak ada siapa yang jumpa wallet aku
tu” bisik aku sambil berlari anak kembali semula ke tempat ku terjatuh untuk
mendapatkan beg duit ku. Sebaik sahaja sampai, aku terkejut melihat ada
seseorang yang terbaring di tempat aku terjatuh sebentar tadi.Aku pun cuba
untuk mengenal pasti siapakah yang terbaring itu dengan merapati dengan tubuh
itu.Semakin aku merapati, semakin rancak jantungku berdenyut.Aku terkejut
melihat diriku sendiri yang terbaring itu.Dengan perasaan yang terlalu takut
dan terkejut aku terus berlari jauh dari tempat itu dan kembali semula ke
bilikku dari arah yang lain.Kejutan demi kejutan datang menerpaku.Aku melihat
diriku lagi dihadapan pintu bilikku dari jauh.Kemudian diriku itu berlari
keluar seperti mana yang lakukan tadi.Kemudian aku lihat diriku lagi keluar
dari bilik mengejar diriku yang satu lagi itu tanpa menutup pintu.

Aku dengan
hati yang terlalu terkejut terus berlari masuk ke dalam bilikku menutup dan
mengunci bilikku.Aku yang masih berada dihadapan pintu berundur ke belakang dan
terus labuhkan punggungku ke atas katil.Aku masih terkejut memikirkan kejadiaan
yang menimpaku ini.Aku keletihan kerana terlalu banyak perkara yang aneh
berlaku.Aku kemudiannya melabuhkan badanku dan baring diatas katil.Dengan
perlahan mataku layu dan terus menutup mindaku dari terus berfikir....