Sunday, 10 March 2013

A MINUTE...


         Pandanganku menjadi terhad apabila seseorang berdiri dihadapanku.Membelakangiku sambil bercakap melalui telefon dengan seseorang.Aku cuba untuk mencuri dengar perbualannya.

“Pukul 2.30 petang barang tu sampai” sambil melihat jam yang hanya tinggal dua jam dari perbualannya.

         Datang seorang lelaki berpakai hitam menghampiri lelaki yang berada dihadapanku.Gayanya seperti mafia yang selalu di tayangkan dalam filem barat.Aku cuba mencuri dengar lagi perbualan mereka.

“Tuan, isteri dan anak tuan sudah menunggu di kereta.Boleh kita bertolak sekarang?”  terang lelaki itu yang berkemungkinan pemandu kereta lelaki di hadapanku ini.

“Baiklah...engkau nanti tolong ingatkan aku pukul 1.00 petang ni....” perlahan-lahan perbualan mereka pudar dari pendengaranku.

          Mereka terus berlalu pergi.Aku yang masih terduduk di bangku panjang  dalam sebuah pusat membeli belah, beralih pandangan ke sebuah butik yang tidak jauh dariku.Dia dari jauh memanggilku memasuki butik tersebut.Aku mengeluh kecil apabila dipanggil oleh si dia yang selalu menjadikan ku sebagai penemannya.Menjadi pekerjaanku untuk menemaninya setiap kali si dia keluar membeli belah.Aku akan menjadi tukang mengangkat barang-barang yang dibeli olehnya.

“Kenapa muka macam ni.Macam tak suka keluar dengan kita pula” si dia mencebikkan mukanya.

“Tak makan lagi la awak” perlahan aku berjalan menghampiri si dia.
“La, kenapa tak bagitau awal-awal.Kita pun lapar ni” sambil meletakkan tangannya ke perut.

“Sebab awak tak tanya pun.Awak pun macam tak nak makan saya tengok” beralih pandangan ke suatu sudut yang dipenuhi dengan pengunjung.

“Marilah kita cari tempat makan” si dia menarik lenganku.

         Aku yang masih tidak bertenaga mengikut saja ke mana si dia membawaku.Aku seperti anak patungnya yang mampu membisukan diri.Pandanganku lama kelamaan semakin pudar.Cahaya yang terang menerang kulihat semakin malap.

‘kenapa ni?’ bisikku yang masih ditarik oleh si dia.

          Semakin lama kepalaku mula menjadi berat.Aku seperti orang yang sedang berhayal.Titik fokus ku menjadi tidak tentu hala.Orang yang berada sekeliling membuatku jadi tidak senang.Aku berasa semua yang berada disekeliling melihatku.Sepertinya mereka sedang mentertawakan aku.Dengan perlahan aku terjatuh dan terbaring di atas lantai.Pandanganku semakin lama semakin malap dan lama kelamaan menjadi gelap.

“Bang, telifon abang” entah siapa yang menegurku yang terlena disebalik tiang.

“Terima kasih” aku yang masih dalam keadaan mamai mengulur senyuman kepada orang tersebut dan dia pun berlalu pergi dengan membalas senyumanku.

“Ermm...ada apa call ni?” aku cuba mengeluarkan suara yang seperti tidak mahu keluar.

“Ermm..yela.Aku gerak ni......hello..eh, habis pula” telifon ku terus mati kehabisan bateri.

      Aku yang mamai di atas sebuah kerusi panjang termenung sebentar memikirkan mimpi pelik yang baru sahaja aku mimpikan.Keletihan menguasai diri selepas penat berjalan sendirian.Aku kemudianya bangun dari tempat duduk dan terus keluar dari bangunan yang ku berada itu menuju ke motor.Langkah aku terhenti apabila terpandang seseorang yang selama ini selalu bermain di fikiranku.Aku merenung tajam tepat ke arah orang itu.

‘Bukan dia la’ bisikku melepaskan nafas kecewa.Aku pun kembali melangkah menuju ke motor untuk pulang.



No comments:

Post a Comment