Saturday, 27 September 2014

Test2..

Assalamualaikum...

Pagi ni macam biasa,
Bangun dari mati, kepala tengah mamai,
Aku tenung sudut bilik aku,
Dalam kepala"Kenapa setiap pagi aku mesti tenung situ?"
Bila gear dah mula gerak baru la mamai tu pergi.

Aku rasa nak cuba sesuatu yang baru,
Baru-baru ni baca protopunk,
Penulis dia macam dah banyak kali mati aku rasa
Aku pula macam dah banyak kali menipu,
Entah siapa yang tipu siapa?
Aku rasa nak tiru cara dia menipu,
Tapi boleh ke aku nak tipu diri sendiri?
kalau dalam mimpi boleh la kot..

Ayat macam tu je pergi,
Macam motor c70, tak macam R1,
Kalau nak dibandingkan macam 5speed dengan 6speed,
Ada juga yang buat aku blur bila baca protopunk,
Banyak sangat benda pelik aku jumpa,
Rasa macam aku ada bersama-sama ketika kejadian.

Aku suka bila dia guna ayat kekadang,
Bunyi macam budak baru belaja menipu.
Tak tahu nak kata puisi ke tak?
sebab bunyi macam "direct" sangat,
Macam lagu rap pun ada,
Bila fikir balik sekarang tak macam dulu,
Dulu kalau nak menipu pun tak apa,
Sekarang ni kalau buat cerita pun boleh jadi famous.

Macam tak kena pula dengan aku bila muntah macam ni,
Tak masuk dengan diri aku yang banyak rahsia,
mungkin yang ni je aku tiru,
Direct sangat bagi aku tak selesa bila baca banyak kali,
Nak tipu apa lagi??

Wednesday, 21 May 2014

Zaman...

Assalamualaikum...

Zaman aku tak banyak cerita,
Sebab zaman aku sama macam zaman sebelum ini,
Perlukah aku cerita?,
Baca buku sejarah,
Jumpalah cerita zaman aku.

Zaman aku memang tak banyak cerita,
Nak cerita panjang lebar pun tak lebar mana,
Semua dah ada,
Tekan-tekan dah jumpa.

Bukan nak kata apa,
Memang itu hakikatnya,
Dari hina naik mulia,
Dari mulia turun hina.

Itu zaman aku....
Tamadun dah tak ada..

Saturday, 3 May 2014

RAHMAT

Assalamualaikum...

Hembus nafas,
Bernafas dengan bebas,
Tenangkan jiwa,
Setenang air sungai yang mengalir pergi,
Kosongkan minda,
Sekosong warna putih...

Mata kecil yang baru,
Bulat-bulat,
Cerah warnanya,
Tidak dicemari...
 
Awan masih menangis,
Tangisan kecil masih didengari,
Mungkin ingin melihat Si Putih menangis?
Atau mungkin ingin melihat Si Hijau yang sedang mandi?
Jika itu kemahuanmu si mata kecil,
Biar tangan ini membawamu melihat mereka...

Tataplah,

Puaskan hatimu,

Renunglah semuanya,
Rasakan dinginnya,
Dengarlah rintik-rintik itu,
Biar engkau tahu ini rahmat untukmu...
 
Liar mata kecil melihat Si Hijau bersuka-ria,
Sepertinya mahu sahaja bermain bersama-sama,
Merasa sejenak kedinginan tangisan Si Putih,
Merasa sejenak riang ria bersama Si Hijau,
Merasa segala-gala yang ada disekelilingnya...

Sabar si mata kecil,
Nanti tiba saatmu untuk merasa,
Rasalah semuanya,
Itu semua untuk mu,
Itu semua diciptakan untuk mu,
Jangan pernah jemu,
Rahmat yang diberi jangan pernah engkau runguti,

Bersyukurlah pada setiap apa yang diberikan untukmu...