Sunday, 10 March 2013

A MINUTE...


         Pandanganku menjadi terhad apabila seseorang berdiri dihadapanku.Membelakangiku sambil bercakap melalui telefon dengan seseorang.Aku cuba untuk mencuri dengar perbualannya.

“Pukul 2.30 petang barang tu sampai” sambil melihat jam yang hanya tinggal dua jam dari perbualannya.

         Datang seorang lelaki berpakai hitam menghampiri lelaki yang berada dihadapanku.Gayanya seperti mafia yang selalu di tayangkan dalam filem barat.Aku cuba mencuri dengar lagi perbualan mereka.

“Tuan, isteri dan anak tuan sudah menunggu di kereta.Boleh kita bertolak sekarang?”  terang lelaki itu yang berkemungkinan pemandu kereta lelaki di hadapanku ini.

“Baiklah...engkau nanti tolong ingatkan aku pukul 1.00 petang ni....” perlahan-lahan perbualan mereka pudar dari pendengaranku.

          Mereka terus berlalu pergi.Aku yang masih terduduk di bangku panjang  dalam sebuah pusat membeli belah, beralih pandangan ke sebuah butik yang tidak jauh dariku.Dia dari jauh memanggilku memasuki butik tersebut.Aku mengeluh kecil apabila dipanggil oleh si dia yang selalu menjadikan ku sebagai penemannya.Menjadi pekerjaanku untuk menemaninya setiap kali si dia keluar membeli belah.Aku akan menjadi tukang mengangkat barang-barang yang dibeli olehnya.

“Kenapa muka macam ni.Macam tak suka keluar dengan kita pula” si dia mencebikkan mukanya.

“Tak makan lagi la awak” perlahan aku berjalan menghampiri si dia.
“La, kenapa tak bagitau awal-awal.Kita pun lapar ni” sambil meletakkan tangannya ke perut.

“Sebab awak tak tanya pun.Awak pun macam tak nak makan saya tengok” beralih pandangan ke suatu sudut yang dipenuhi dengan pengunjung.

“Marilah kita cari tempat makan” si dia menarik lenganku.

         Aku yang masih tidak bertenaga mengikut saja ke mana si dia membawaku.Aku seperti anak patungnya yang mampu membisukan diri.Pandanganku lama kelamaan semakin pudar.Cahaya yang terang menerang kulihat semakin malap.

‘kenapa ni?’ bisikku yang masih ditarik oleh si dia.

          Semakin lama kepalaku mula menjadi berat.Aku seperti orang yang sedang berhayal.Titik fokus ku menjadi tidak tentu hala.Orang yang berada sekeliling membuatku jadi tidak senang.Aku berasa semua yang berada disekeliling melihatku.Sepertinya mereka sedang mentertawakan aku.Dengan perlahan aku terjatuh dan terbaring di atas lantai.Pandanganku semakin lama semakin malap dan lama kelamaan menjadi gelap.

“Bang, telifon abang” entah siapa yang menegurku yang terlena disebalik tiang.

“Terima kasih” aku yang masih dalam keadaan mamai mengulur senyuman kepada orang tersebut dan dia pun berlalu pergi dengan membalas senyumanku.

“Ermm...ada apa call ni?” aku cuba mengeluarkan suara yang seperti tidak mahu keluar.

“Ermm..yela.Aku gerak ni......hello..eh, habis pula” telifon ku terus mati kehabisan bateri.

      Aku yang mamai di atas sebuah kerusi panjang termenung sebentar memikirkan mimpi pelik yang baru sahaja aku mimpikan.Keletihan menguasai diri selepas penat berjalan sendirian.Aku kemudianya bangun dari tempat duduk dan terus keluar dari bangunan yang ku berada itu menuju ke motor.Langkah aku terhenti apabila terpandang seseorang yang selama ini selalu bermain di fikiranku.Aku merenung tajam tepat ke arah orang itu.

‘Bukan dia la’ bisikku melepaskan nafas kecewa.Aku pun kembali melangkah menuju ke motor untuk pulang.



Sunday, 3 March 2013

ALWAYS THINK...

Assalamualaikum...



Kabur dan pudar mindaku,
Memikirkan bagaimana si kaya itu menjadi buta,
Tidak pada sahabatnya si miskin yang selalu gembira,
Hampir kepada sahabatnya si biasa yang sentiasa gelisah.

Kabur dan pudar lagi mindaku,
Mencari jawapan dari soalan yang sudah berjawap,
Jawapan yang mampu memberikan  keyakinan,
Keyakinan kepada para pejuang untuk berundur dan mengalah,
Kerana perkara remeh itu akan membebankan hidupan yang lain.

Diam dan perhatikan sahaja,
Hanya itu yang engkau mampu,
Dan hanya itu yang aku mampu,
Melebihi tanggungjawabku hanya akan memberi keburukan,
Bukan sahaja kepadamu,
Malah kepada setiap hidupan di sekelilingku.

Berhenti menulis,
Bukan itu yang aku mahukan,
Berhenti berfikir,
Perkara yang merugikanku,
Akalku bukanlah untuk engkau merosakkan alam,
Tetapi untuk engkau membina sebuah kehidupan,
Kehidupan yang bermakna untuk semua. 

KEJUTAN MINDA...


Hampir 30 minit aku termenung di atas katil bilik ku.Masih terpapar jelas wajahku yang baru lepas terjaga dari tidur.Suara-suara dari luar aku tidak hiraukan sehingga aku rasa hanya aku seorang sahaja di kamsis .Sungguh sunyi dan sepi aku rasakan.Tiada sebarang bunyi yang dapat memecahkan kesunyian yang aku rasa selama 30 minit itu.Mata ku hanya tertumpu pada dinding bilikku yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan penghuni biliku sebelum ini.Seperti ada sesuatu yang menarik perhatianku kerana pandanganku tidak beralih arah walaupun sesaat.

“Sampai bila?” bisik hati bertanya pada diriku.Tiada jawapan yang dapat ku berikan kerana aku tak tahu jawapan untuk persoalan itu.Berkerut dahi ku.Sepertinya ada sesuatu yang ingin aku luahkan yang selama ini menjadi beban kepada hatiku.Berat aku rasakan.Beribu cubaan telah ku lakukan untuk meringankan berat itu.Namun hasilnya hanya menambahkan berat itu.Aku tidak pasti jika apa yang aku rasakan ini adalah parasit dalam hidupku, ingin sahaja aku buang terus dari hidupku.Ingin sahaja aku memecahkan kepala ku agar kesemua ingatanku hilang.Sudah pasti beban yang berat itu turut pergi bersama ingatanku.

Tapi, apa pula yang akan terjadi pada diriku dan juga kepada mereka yang berada disekeliling ku.Adakah aku akan membebankan mereka pula? Oleh kerana tindakanku yang terlalu mengikutkan perasaan itu, aku telah memberi bebanan kepada mereka yang lain.Terlalu mementingkan diri tidak dapat memberi kebaikan kepadaku.

Ketukan pintu telah membuat lamunanku terhenti.Pandanganku beralih ke pintu bilikku.

“Siapa?” tanyaku.Tanpa sebarang jawapan pintu itu diketuk lagi.
“Siapa?” untuk kali yang kedua soal ku.Namun tetap sama dengan tiada sebarang jawapan.

Aku bangun dari katil dan dan terus menuju ke pintu.

“Siapa?” soalku lagi untuk kali yang terakhir.Namun perkara yang sama berlaku.Tiada sebarang jawapan.

Jam tepat pukul 1230.Menjadi tanda tanya kepadaku.Siapa yang mengetuk pintu bilikku.Dengan perasaan yang ingin tahu, kucapai tombol pintu dan memulasnya.Aku membuka sedikit pintuku dan melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu ku.Bertambah persoalan lagi kepadaku apabila kudapati tiada siapa.Lalu ku membuka keseluruhan pintu bilik ku dan menjenguk keluar.Tiada kelibat ataupun bayang yang dapat ku lihat.

“Siapa yang ketuk pintu bilik ni?” soal ku.

Aku pun kembali ke dalam bilik dan menutup semula pintuku.Berkerut dahiku memikirkan siapakah yang mengetuk pintu bilikku.aku kembali semula ke tempat asalku.Berbantalkan timbunan kain bajuku yang masih belum berlipat, aku melabuhkan kepalaku.Masih terapung-apung di fikiranku.Siapa agaknya yang mengetuk pintu bilikku.Terhenti sebentar apabila perut ku berbunyi.Jam ku perhatikan lagi.Hampir pukul 1300.Aku masih tidak mengisi perut ku.


Tanpa melengahkan masa aku pun bangun semula dari katil  dan menuju ke almari yang hanya beberapa tapak  dari katilku.Pintu almari ku buka dan ku capai sehelai baju putih.Laci kemudianya ku buka dan ku capai beg duit ku yang tersorok ke dalam sedikit.Ku belek beg duit ku dan hanya ada dua helai wang kertas yang berwarna merah.Baju putih yang kucapai sebentar tadi ku sarungkan ke badanku dan  aku terus menuju ke pintu bilik untuk keluar pergi mencari makanan.Sebaik sahaja aku menghampiri pintu bilik, aku dikejutkan lagi dengan bunyi ketukan.Dengan segera, aku terus mencapai tombol pintu dan membuka pintu bilikku.Alangkah terkejutnya aku apabila tiada siapa yang aku lihat dihadapan bilikku.Dengan perasaan yang curiga aku terus menjenguk keluar bilik dan aku lihat satu kelibat yang berlari keluar ke tangga bangunan kamsisku.Tanpa berfikir panjang aku terus mengejar kelibat itu untuk mengetahui siapakah itu.Semakin aku kejar semakin jauh aku ditinggalkan oleh kelibat itu.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti mengejarnya.Aku membongkokkan badanku dan tercungap-cungap aku bernafas disebabkan kepenatan mengejar kelibat itu.Dalam kepenatan itu, aku baru menyedari aku terlupa untuk menutup pintu bilikku sebelum mengejar kelibat itu.Dengan pantas aku berlari anak kembali semula ke bilikku untuk menutup pintu.Terseradung aku jatuh ke lantai di sebabkan kakiku tersangkut di palang ketika ku cuba untuk melompat menyeberangi  palang itu.Berdarah sikuku kerana cuba untuk menahan badanku dari rapat ke lantai.Dengan perasaan yang geram, aku bangun semula dan memaki palang yang tidak bernyawa itu.Aku kemudian bergerak semula ke bilikku yang masih belum tertutup.

Sebaik sahaja sampai di aras bangunanku, aku melihat pintu bilikku sudah tertutup.

“Mesti angin tiup dari dalam”, aku membuat andaian.Aku terus menghampiri bilikku untuk memastikan tiada siapa yang berada di dalam biliku.Terkejut aku apabila aku tidak dapat membuka pintu bilikku kerana terkunci dari dalam.Seingatku pintu kubiarkan tidak berkunci dari dalam sebelum aku mengejar kelibat itu.Menjadi tanda tanya kepadaku bagaimana pintu bilikku boleh terkunci dari dalam.

“Mungkin dia dah balik kot” aku membuat andaian lagi.Aku pun mengetuk pintu bilikku.Namun tiada sebarang reaksi atau jawapan dari dalam ku dapat.Lalu aku pun menyeluk poket seluarku untuk mengambil kunci bilikku.Hanya itu sahaja cara untukku membuka pintu bilikku.Namun tiada apa-apa yang ku dapat dari poket seluarku.Kunci bilikku tiada di dalam poket seluarku.Aku sedikit terkejut dan meraba-raba badanku mencari kunci.

“Mesti tercicir dekat palang tadi”, fikirku.Lalu aku kembali semula ke tempat dimana aku terjatuh sebentar tadi.Sebaik sahaja sampai, kunci bilik ku lihat berada di dalam longkang berhampiran palang itu.Aku pun mengambil kunci itu dan kembali semula ke bilikku.Sikuku masih berdarah.Aku kemudianya terus pergi ke bilik air untuk mencuci sikuku yang berdarah itu.Sakitnya masih dapat ku rasa apabila air kusiram ke tempat luka.Aku kemudianya mengelap sikuku dengan kain bajuku untuk mengeringkan basah pada sikuku.Sambil itu aku berjalan keluar dari bilik air yang hanya beberapa tapak dari bilikku.Teringat aku untuk makan apabila perutku berbunyi semula.Aku pun meraba poket seluarku mencari beg duitku.Baru aku sedari beg duit ku juga tercicir di palang itu.Terhantuk kepalaku di pintu bilik kerana tidak menyedari aku sudah merapati pintu bilik.Aku pun berpusing dan terus berlari anak sambil mengusap dahiku yang terhantuk di pintu bilikku.

“Harap-harap tak ada siapa yang jumpa wallet aku tu” bisik aku sambil berlari anak kembali semula ke tempat ku terjatuh untuk mendapatkan beg duit ku. Sebaik sahaja sampai, aku terkejut melihat ada seseorang yang terbaring di tempat aku terjatuh sebentar tadi.Aku pun cuba untuk mengenal pasti siapakah yang terbaring itu dengan merapati dengan tubuh itu.Semakin aku merapati, semakin rancak jantungku berdenyut.Aku terkejut melihat diriku sendiri yang terbaring itu.Dengan perasaan yang terlalu takut dan terkejut aku terus berlari jauh dari tempat itu dan kembali semula ke bilikku dari arah yang lain.Kejutan demi kejutan datang menerpaku.Aku melihat diriku lagi dihadapan pintu bilikku dari jauh.Kemudian diriku itu berlari keluar seperti mana yang lakukan tadi.Kemudian aku lihat diriku lagi keluar dari bilik mengejar diriku yang satu lagi itu tanpa menutup pintu.

       

         
          Aku dengan hati yang terlalu terkejut terus berlari masuk ke dalam bilikku menutup dan mengunci bilikku.Aku yang masih berada dihadapan pintu berundur ke belakang dan terus labuhkan punggungku ke atas katil.Aku masih terkejut memikirkan kejadiaan yang menimpaku ini.Aku keletihan kerana terlalu banyak perkara yang aneh berlaku.Aku kemudiannya melabuhkan badanku dan baring diatas katil.Dengan perlahan mataku layu dan terus menutup mindaku dari terus berfikir....




Tuesday, 26 February 2013

EVENT AT PUTRAJAYA

Assalamulaikum...

    3 hari yang lepas, aku  ke PUTRAJAYA menghadiri mesyuarat kerajaan.Dalam mesyuarat tu aku mengeluarkan suara supaya kerajaan perlu ditukar yang baru..HAHAHAHA

   Ok2, lupakan ayat kat atas tu.Tu main2 je.3 hari yang lepas aku ke PUTRAJAYA dengan sekumpulan pelajar POLITEKNIK PORTDICKSON menghadiri pertandingan PIDATO ANTARABANGSA PIALA PERDANA MENTERI.Jadi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan tu datang dari pelbagai negara.Antaranya yang boleh aku senaraikan ialah Afghanistan, Jordan, China, German dan dari amerika selatan(panama).Kebiasaannya warga asing yang bertutur dalam bahasa ibunda kita tidak dapat bertutur dengan baik.Biasanya dialek mereka akan dapat kita dengar dengan jelas.Tapi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan ni dapat bertutur dalam bahasa ibunda kita dengan cukup bagus dan jelas.Tak sangka aku.Tapi tak semua la yang dapat bertutur dengan baik.Apa yang aku nak sampaikan ialah, aku bangga la bila ada orang asing yang dapat bertutur bahasa melayu dengan lancar.Cara mereka bercakap tak ubah seperti kita bersembang bersama-sama rakan kita ataupun ahli keluarga.Amat menakjubkan.Jadi, dari situ aku dapat belajar sesuatu yang bernilai.Tak semestinya kita hanya perlu menggunakan apa yang kita dah biasakan.Kadang-kadang sesuatu yang baru juga perlu kita terapkan dalam kehidupan kita.Benda yang baru tu lah yang akan memberi perbezaan kita dengan orang lain.

   So, masa kat sana sempat la aku bergambar dengan satu buku ni.Buku ni memang best.Bukan isi dalam nya la.Tapi cara penyampaian isi tu yang best..Macam komik spiderman...HAHAHA

Tajuk buku yang aku pegang tu "1001 MUSLIHAT NAJIB TIPU RAKYAT" HAHAHA...


 

Friday, 15 February 2013

HOW LONG YOU WAIT HUH?

Assalamualaikum...

Minggu ni aku cuti mid sem seminggu.Bosan la juga duduk rumah sebab duduk rumah je.Memang la bosan.Dah la kerja tak ada.So, tak ada apa apa yang nak di ceritakan.Just nak bagitau esok dah nak balik.Lagi bertambah bosan la duduk kamsis tu.HAHAHA..

OK2, sebenarnya ada je benda nak share.Semalam, selepas aku selesai solat jumaat aku ajak adik aku keluar.." Huzai, jom keluar.Teman cue" aku ajak dia la...lepas tu boleh pula dia tarik aku keluar dari pintu rumah lepas tu cakap, " Ha, dah keluar dah.Siap teman lagi ni, Best?" HAHAHA..Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan...aku nak cerita pasal masa aku pergi AEON 18 semalan..aku pun keluar la sorang-sorang naik kereta sebab adik aku dah bagi hint yang dia tak nak temankan...HAHAHA..so, keluar la juga pergi AEON.Tapi aku keluar ni bukan keluar saja-saja nak buang masa or nak hilangkan bosan.Tapi keluar ada misi.Misi aku nak cari MAJALAH SOLUSI EDISI 51.Nak cari kt POPULAR la ceritanya..

Jadi aku pun gerak la pergi AEON dengan memandu TOYOTA DX merah aku tu..sampai je sana, ada pula parking untuk aku..Aku pun keluar dari kereta menuju pintu masuk AEON.Bila kaki aku melangkah masuk je, udara sejuk dalam building tu telah membuat aku terasa nak terkencing la pula..potong betul la.so, aku pun menukar direction dan bergerak ke tandas.dalam tandas ni la aku nak cerita.Bila aku masuk je tandas, aku nampak ada sorang APEK tua tercegat dekat depan pintu tandas.Aku pun pelik la tengok apek ni tercegat depan pintu tandas.Kenapa dia tak masuk, pintu aku tengok hijau je.Aku pun ingat ada orang la dalam tandas tu.Mungkin cleaner.Tapi tak akan semua tandas ada cleaner.Jadi aku mengambil keputusan untuk menolak sedikit pintu tandas tu untuk tengok sapa yang ada dekat dalam tandas.Aku tolak2 je, tak ada sapa2 pn.Lepas tu aku tgk apek tu dah duk gelak2.Dia pun terus masuk tandas satu lagi.Rupa-rupanya apek tu tak tau langsung pasal tanda pintu tandas tu.Kalau hijau maksudnya boleh la jalan.Kalau merah, kene la tunggu.Jadi aku pun tertanya2, berapa lama agaknya apek tu tahan nak kencing sebab tunggu aku tolak pintu tandas tu.HAHAHAHA..sian dia...



Tuesday, 5 February 2013

BOSAN DI KAMSIS...

Assalamulaikum...

Selamat pa....eh, xboleh...belum tentu post ni dibaca pada pagi hari kan.Jadi tak payah la rasanya ucapan selamat tu.Assalamualaikum tu pun dah cukup untuk permulaan bicara.So, hari ini aku rasa nak menaip karangan la plak.Asyik puisi je..blom tentu ada orang paham pun apa yang aku cuba sampaikan..ntah2 aku syok sendiri je selama ni...HAHAHAHA...

Ermm, aku sebenarnya nak bagitau la, BAB 3 aku mybe lmbat lagi.Tambahan plak sekarang aku tak ada plak masa nk mencari idea untuk sambung BAB 2.Ada tu ada, tpi skit sangat.Tu pun aku rasa mcm kurang je.So, aku cuba untuk buat BAB 3 ni lebih banyak persoalan dari BAB-BAB sebelum ni.Bagi pembaca sakit hati...HAHAHAHA...tak la...aku nak buat BAB 3 ni lagi menarik la...Jadi, mybe lambat lagi untuk aku sambung blik.Kalau ada masa, mungkin cuti mid sem aku akan cuba cari idea..kalau ada masa la...aku pun xtau ada org follow ke tak cite aku tu, jadi xde masalah kot...HAHAHA

Ok, dah habis cerita pasal Novel.Aku nak cerita pasal tempat belajar aku ni plak.Buat bulan pertama aku di Port Dickson ni, apa yang dapat aku nyatakan ialah "BOSAN".....mungkin sebab aku duduk kt kamsis, kurang keluar dari kawasan kampus aku and kalau keluar pon nk pegi mana.Bandarnya jauh sngt.Kalau nk pgi pun kene naik bas.Tak macam poli aku sblm ni.Jalan kaki pon boleh...HAHAHAH..nak harapkan pantai jela kalau aku kluar.Tu pun bosan.Kalau ada sungai ok lagi...hutan2 skit kan...tu mmg jiwa aku lah...silap2 hari2 aku lepak kat situ je....jadi, aku tak sabar sngt nk sem 1 aku ni habis..tak sabar nak keluar dari kamsis ni...xbest rupanya duk kamsis.ingatkan best la...yela, aku tak penah duduk kt asrama selama 20 tahun aku hidup...ni la 1st time aku duk asrama...bila dh try, tak best plak...terpaksa jadi orang lain, diri sendiri terpaksa disembunyikan...apa kes...hipokrit la namanya kan...so, tu bkn aku...aku lebih kepada free...tpi free yang berlandas kepada agama la...bkn free2 mcm tu je...

So, kesimpulan yang bleh aku rungkaikan dari petikan yang panjang lebar kt atas ni adalah, duduk kt asrama mmg BOSAN....bagi aku la..bg org lain xtau la...so tu jela...post kali ni xda pape yg tersirat yg aku nk sampaikan...hanya keluhan aku semata-mata...tu je...Sekian....


QUESTION?


Assalamualaikum...






Satu soalan,
Soalan untukmu berkata-kata,
Soalan untukku bertanya,
Dengar dan pastikan jawapanmu adalah jawapan ku juga.










Dimana dirimu diwaktu ini?,

Ketika engkau asyik meneliti kata-kataku ini,
Adakah engkau berada di alam fantasimu?,
Atau masih berada di dunia realiti yang penuh dengan pendusta?,
Bukan jawapan yang ku pinta,
Tetapi senyuman,
Senyuman yang memberi seribu jawapan,
Jawapan kepada seribu soalanku.





Kehendakmu bukan kehendakku,
Keperluanmu adalah keperluanku,
Ada masa kita sama,
Ada masa si kembar berbeza,
Ikut jika mahu,
Ikut jika mampu,
Jangan paksa dirimu,
Tiada paksaan kerana ku tahu,
Aku juga tidak mahu dipaksa,

Soalan telah ku tuju,
Jawapan telah ku capai,
Hanya tinggal bintang yang perlu ku gapai,
Mampukah aku?,
Hanya jawapan itu yang masih ada bersamamu.