Tuesday, 26 February 2013

EVENT AT PUTRAJAYA

Assalamulaikum...

    3 hari yang lepas, aku  ke PUTRAJAYA menghadiri mesyuarat kerajaan.Dalam mesyuarat tu aku mengeluarkan suara supaya kerajaan perlu ditukar yang baru..HAHAHAHA

   Ok2, lupakan ayat kat atas tu.Tu main2 je.3 hari yang lepas aku ke PUTRAJAYA dengan sekumpulan pelajar POLITEKNIK PORTDICKSON menghadiri pertandingan PIDATO ANTARABANGSA PIALA PERDANA MENTERI.Jadi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan tu datang dari pelbagai negara.Antaranya yang boleh aku senaraikan ialah Afghanistan, Jordan, China, German dan dari amerika selatan(panama).Kebiasaannya warga asing yang bertutur dalam bahasa ibunda kita tidak dapat bertutur dengan baik.Biasanya dialek mereka akan dapat kita dengar dengan jelas.Tapi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan ni dapat bertutur dalam bahasa ibunda kita dengan cukup bagus dan jelas.Tak sangka aku.Tapi tak semua la yang dapat bertutur dengan baik.Apa yang aku nak sampaikan ialah, aku bangga la bila ada orang asing yang dapat bertutur bahasa melayu dengan lancar.Cara mereka bercakap tak ubah seperti kita bersembang bersama-sama rakan kita ataupun ahli keluarga.Amat menakjubkan.Jadi, dari situ aku dapat belajar sesuatu yang bernilai.Tak semestinya kita hanya perlu menggunakan apa yang kita dah biasakan.Kadang-kadang sesuatu yang baru juga perlu kita terapkan dalam kehidupan kita.Benda yang baru tu lah yang akan memberi perbezaan kita dengan orang lain.

   So, masa kat sana sempat la aku bergambar dengan satu buku ni.Buku ni memang best.Bukan isi dalam nya la.Tapi cara penyampaian isi tu yang best..Macam komik spiderman...HAHAHA

Tajuk buku yang aku pegang tu "1001 MUSLIHAT NAJIB TIPU RAKYAT" HAHAHA...


 

Friday, 15 February 2013

HOW LONG YOU WAIT HUH?

Assalamualaikum...

Minggu ni aku cuti mid sem seminggu.Bosan la juga duduk rumah sebab duduk rumah je.Memang la bosan.Dah la kerja tak ada.So, tak ada apa apa yang nak di ceritakan.Just nak bagitau esok dah nak balik.Lagi bertambah bosan la duduk kamsis tu.HAHAHA..

OK2, sebenarnya ada je benda nak share.Semalam, selepas aku selesai solat jumaat aku ajak adik aku keluar.." Huzai, jom keluar.Teman cue" aku ajak dia la...lepas tu boleh pula dia tarik aku keluar dari pintu rumah lepas tu cakap, " Ha, dah keluar dah.Siap teman lagi ni, Best?" HAHAHA..Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan...aku nak cerita pasal masa aku pergi AEON 18 semalan..aku pun keluar la sorang-sorang naik kereta sebab adik aku dah bagi hint yang dia tak nak temankan...HAHAHA..so, keluar la juga pergi AEON.Tapi aku keluar ni bukan keluar saja-saja nak buang masa or nak hilangkan bosan.Tapi keluar ada misi.Misi aku nak cari MAJALAH SOLUSI EDISI 51.Nak cari kt POPULAR la ceritanya..

Jadi aku pun gerak la pergi AEON dengan memandu TOYOTA DX merah aku tu..sampai je sana, ada pula parking untuk aku..Aku pun keluar dari kereta menuju pintu masuk AEON.Bila kaki aku melangkah masuk je, udara sejuk dalam building tu telah membuat aku terasa nak terkencing la pula..potong betul la.so, aku pun menukar direction dan bergerak ke tandas.dalam tandas ni la aku nak cerita.Bila aku masuk je tandas, aku nampak ada sorang APEK tua tercegat dekat depan pintu tandas.Aku pun pelik la tengok apek ni tercegat depan pintu tandas.Kenapa dia tak masuk, pintu aku tengok hijau je.Aku pun ingat ada orang la dalam tandas tu.Mungkin cleaner.Tapi tak akan semua tandas ada cleaner.Jadi aku mengambil keputusan untuk menolak sedikit pintu tandas tu untuk tengok sapa yang ada dekat dalam tandas.Aku tolak2 je, tak ada sapa2 pn.Lepas tu aku tgk apek tu dah duk gelak2.Dia pun terus masuk tandas satu lagi.Rupa-rupanya apek tu tak tau langsung pasal tanda pintu tandas tu.Kalau hijau maksudnya boleh la jalan.Kalau merah, kene la tunggu.Jadi aku pun tertanya2, berapa lama agaknya apek tu tahan nak kencing sebab tunggu aku tolak pintu tandas tu.HAHAHAHA..sian dia...



Tuesday, 5 February 2013

BOSAN DI KAMSIS...

Assalamulaikum...

Selamat pa....eh, xboleh...belum tentu post ni dibaca pada pagi hari kan.Jadi tak payah la rasanya ucapan selamat tu.Assalamualaikum tu pun dah cukup untuk permulaan bicara.So, hari ini aku rasa nak menaip karangan la plak.Asyik puisi je..blom tentu ada orang paham pun apa yang aku cuba sampaikan..ntah2 aku syok sendiri je selama ni...HAHAHAHA...

Ermm, aku sebenarnya nak bagitau la, BAB 3 aku mybe lmbat lagi.Tambahan plak sekarang aku tak ada plak masa nk mencari idea untuk sambung BAB 2.Ada tu ada, tpi skit sangat.Tu pun aku rasa mcm kurang je.So, aku cuba untuk buat BAB 3 ni lebih banyak persoalan dari BAB-BAB sebelum ni.Bagi pembaca sakit hati...HAHAHAHA...tak la...aku nak buat BAB 3 ni lagi menarik la...Jadi, mybe lambat lagi untuk aku sambung blik.Kalau ada masa, mungkin cuti mid sem aku akan cuba cari idea..kalau ada masa la...aku pun xtau ada org follow ke tak cite aku tu, jadi xde masalah kot...HAHAHA

Ok, dah habis cerita pasal Novel.Aku nak cerita pasal tempat belajar aku ni plak.Buat bulan pertama aku di Port Dickson ni, apa yang dapat aku nyatakan ialah "BOSAN".....mungkin sebab aku duduk kt kamsis, kurang keluar dari kawasan kampus aku and kalau keluar pon nk pegi mana.Bandarnya jauh sngt.Kalau nk pgi pun kene naik bas.Tak macam poli aku sblm ni.Jalan kaki pon boleh...HAHAHAH..nak harapkan pantai jela kalau aku kluar.Tu pun bosan.Kalau ada sungai ok lagi...hutan2 skit kan...tu mmg jiwa aku lah...silap2 hari2 aku lepak kat situ je....jadi, aku tak sabar sngt nk sem 1 aku ni habis..tak sabar nak keluar dari kamsis ni...xbest rupanya duk kamsis.ingatkan best la...yela, aku tak penah duduk kt asrama selama 20 tahun aku hidup...ni la 1st time aku duk asrama...bila dh try, tak best plak...terpaksa jadi orang lain, diri sendiri terpaksa disembunyikan...apa kes...hipokrit la namanya kan...so, tu bkn aku...aku lebih kepada free...tpi free yang berlandas kepada agama la...bkn free2 mcm tu je...

So, kesimpulan yang bleh aku rungkaikan dari petikan yang panjang lebar kt atas ni adalah, duduk kt asrama mmg BOSAN....bagi aku la..bg org lain xtau la...so tu jela...post kali ni xda pape yg tersirat yg aku nk sampaikan...hanya keluhan aku semata-mata...tu je...Sekian....


QUESTION?


Assalamualaikum...






Satu soalan,
Soalan untukmu berkata-kata,
Soalan untukku bertanya,
Dengar dan pastikan jawapanmu adalah jawapan ku juga.










Dimana dirimu diwaktu ini?,

Ketika engkau asyik meneliti kata-kataku ini,
Adakah engkau berada di alam fantasimu?,
Atau masih berada di dunia realiti yang penuh dengan pendusta?,
Bukan jawapan yang ku pinta,
Tetapi senyuman,
Senyuman yang memberi seribu jawapan,
Jawapan kepada seribu soalanku.





Kehendakmu bukan kehendakku,
Keperluanmu adalah keperluanku,
Ada masa kita sama,
Ada masa si kembar berbeza,
Ikut jika mahu,
Ikut jika mampu,
Jangan paksa dirimu,
Tiada paksaan kerana ku tahu,
Aku juga tidak mahu dipaksa,

Soalan telah ku tuju,
Jawapan telah ku capai,
Hanya tinggal bintang yang perlu ku gapai,
Mampukah aku?,
Hanya jawapan itu yang masih ada bersamamu.



Saturday, 2 February 2013

SPACE...

Assalamualaikum...

Sudah!,
Pergi, pergi engkau dari otak ku,
Engkau hampir membinasakannya,
Aku tak mahu engkau,
Engkau hanya parasit yang bergayut di dalam kotak minda ku,
Yang membisikan kata-kata mundur dihatiku.

Sekarang!,
Aku katakan sekarang,
Bukan esok ataupun lusa,
Pergi engkau,
Pergi engkau cari tuan yang baru,
Aku mahu bersendirian,
Tanpamu disisiku akan membantuku untuk berdiri,
Tanpamu akan memberi anjakan paradigma kepadaku,
Perubahan yang mampu mengubah keseluruhan hidupku.

Nanti!,
Jangan engkau melangkah pergi,
Aku masih perlukan mu,
Bukan sepenuhnya,
Tetapi hanya dengan doa darimu...








Saturday, 19 January 2013

ALWAYS RIGHT!



Assalamualaikum...

SALAH!,
SALAH!,
SALAH!,
Jangan engkau betulkan yang salah itu,
Ikut cara ku,
Sekali pun aku salah,
Salah ku tetap betul.

Aku yang mengawal otak mu,
Aku tuhan mu,
Jangan engkau ingkar perintahku,
Biar aku pijak kepala mu,
Kerana itulah kamu...

Jika ku katakan mata untuk mendengar,
Telinga untuk melihat,
Jangan  engkau salahkan kata ku itu,
Kerana aku tetap betul,
Dan betulku tak akan pernah salah.

Makan lah sampah yang kuberikan itu,
Itulah ubat untuk mu sentiasa mengikut ku,
Jangan engkau makan nasi itu,
Itu bukan makanan mu,
Tetapi itu adalah racun untuk mu.

INGAT!,
INGAT!,
INGAT!,
Engkau bukan ketua,
Engkau bukan berkuasa,
Aku yang berkuasa,
Ikut aku jika engkau mahu berdiri.

Tali telah ku ikat di hidung mu,
Ikut aku,
Ikut aku,
Kesakitan itu tidak akan engkau rasa,
Jika engkau ikut ku,
Biar pun aku salah...

         Kepada mereka  yang kat luar sana.Jadikan iktibar dari video yang aku post ni sebagai pedoman hidup.Kita jangan jadi macam lembu.ikut je kemana tuannya tarik.yela, dh diikatnya tali kt hidung.kene la ikut.kalau tak sakit.Tapi itu lah beza kita dengan haiwan.Haiwan tak ada akal, jadi dorang ikot jela.Jadi jangan la kita samakan kita dengan haiwan yang tak berakal tu.Kenapa kita nk ikut yang dh terang2 dan nyata ianya salah.Lagikan terang mahu bersuluh.Biar sekali pun mati yang perlu kita hadap, mati lah asalkan yang betul tu tetap betul.Bkn salah tetap betul.so, renung2 kan lah...kita manusia dan masing2 ada matlamat.jangan disebabkan orang lain kita kene musnahkan impian semata2 untuk impian org lain.


     


Sunday, 13 January 2013

BAB 2



BAB 2

 “Selamat pagi Encik Azmi”
“Selamat pagi.Siapa ni?” tanya Azmi kepada pemanggil teliponnya.
“Saya rasa encik tidak perlu tahu siapa saya.Apa yang encik perlu tahu, saya mahu encik tunaikan permintaan saya hari ini”
“Hei, siapa awak ni!? Saya tak ada masa nak layan awak.Banyak lagi kerja yang saya nak kena uruskan” balas Azmi dengan nada yang tinggi.
“Saya rasa encik tak perlu nak tinggi-tinggikan suara.Kalau encik nak anak dan isteri encik selamat, tunaikan permintaan saya hari ini”
Terbangun Azmi dari kerusi apabila mendengar kata-kata pemanggil tersebut.
“Awak jangan nak main-main dengan saya.Apa bukti isteri dan anak saya ada bersama dengan awak?” pinta Azmi untuk kepastian dengan perasaan yang sungguh terkejut.
“Baiklah, kalau itu yang encik mahukan” balas pemanggil misteri itu dan terus menuju ke arah isteri Azmi.
“Nah, suami kamu nak dengar suara kamu yang manis tu.Sekejap je aku bagi” pesan pemanggil misteri tersebut kepada isteri Azmi.
“Abang, tolong Ina bang! Abang..”
“Sayang, sayang!” balas Azmi yang sungguh terkejut apabila mendengar suara isterinya itu.
“Eh, ada aku suruh kau menjerit ke ha? Kau tau tak dosa kalau tinggi-tinggi kan suara dekat suami” tengking pemanggil misteri tersebut ke arah isteri Azmi dan terus menarik semula telipon.
“Okay, encik dah dengar kan suara isteri encik.Nak lagi bukti? Kalau nak, boleh je.Saya boleh bagi jari isteri encik bersama-sama cincin nikahnya sekali.Kalau encik nak la”
“Hei, awak jangan apa-apa kan isteri saya! Baiklah, saya akan tunaikan permintaan awak.Apa yang awak mahu? Janji, jangan apa-apakan isteri dan anak saya” Azmi merayu kepada pemanggil tersebut seperti fakir yang meminta sedekah.
“Haaa, macam ni la bagus.Okay, saya nak encik masuk dalam bilik kebal yang ada dalam bank encik”
“Awak nak saya rompak bank saya sendiri ke?” soal Azmi dengan nada yang terkejut.
“Saya tak suruh pun encik rompak bank.Lagi pun encik kan pengurus bank.Kalau nak keluar masuk dalam bilik kebal tu mesti tak ada masalahkan.”
“Kalau bukan nak suruh saya rompak, apa yang awak nak dalam bilik kebal tu?” soal lagi Azmi.
“Bagus, soalan yang bagus.Apa pun, langkah pertama saya nak encik masuk ke dalam tandas awam dalam bank encik dan ambil beg di bawah singki.Gerak sekarang dan kalau saya tahu ada sebarang gangguan yang encik buat, encik boleh tahu apa yang  akan terjadi kepada anak dan isteri encik.” jelas pemanggil tersebut kepada Azmi dengan serius.
“Okay, saya faham” balas Azmi yang terketar-ketar.
“Sekarang keluar, buat macam biasa” arah pemanggil tersebut.
Azmi terus keluar dari pejabatnya dan menuju ke tandas awam bank itu.Berpeluh-peluh Azmi menghadapi situasi seperti itu.Berlakon seperti tidak ada-apa berlaku, Azmi terus berjalan pantas masuk ke dalam tandas.Terbongkok-bongkok Azmi mencari beg tersebut.
“Dah, beg dah ada bersama saya.Apa seterusnya?” soal Azmi seperti akur dengan arahan pemanggil itu.
Dia tahu nyawa anak dan isterinya lebih penting pada masa itu.Akur dengan arahan adalah tindakan yang betul baginya.Silap sedikit, dia akan kehilangan orang yang tersayang dalam hidupnya itu.
“Bagus, sekarang saya nak encik masuk ke dalam bilik kebal tu dan isi emas dan berlian yang pelanggan encik simpan ke dalam beg tu.Jelas?”
“Awak nak saya isi semua emas dan berlian yang ada dalam bilik tu ke? Mana boleh saya buat macam tu.Saya tak tahu kata laluan pelanggan-pelanggan saya.Kalau encik nak saya isi dengan wang-wang yang ada dalam bank ni boleh la” balas Azmi yang sungguh terkejut dengan permintaan pemanggil tersebut.
“Ada saya kata semua yang ada dalam bilik tu? Saya hanya mahu emas dan berlian milik Dato Haron.Kata laluannya saya akan hantar melalui mesej.Jelas?”
“Jelas” balas Azmi tanpa menyoal.
“Kalau macam tu gerak sekarang.Lepas ni saya bagi mesej.”Balas pemanggil tersebut dan terus menamatkan talian.
Dengan pantas Azmi terus bergerak menuju bilik kebal yang berhampiran dengan pejabatnya.Sebagai pengurus bank, tiada masalah baginya untuk keluar masuk ke dalam bilik kebal tersebut.Azmi yang kelihatan teragak-agak terus menaip kata laluan pintu bilik kebal itu dan membukanya dengan hati yang serba salah.Perhatiannya teralih apabila teliponnya berbunyi.Azmi membuka mesej yang di hantar oleh pemanggil tersebut dan terus ke peti simpanan Dato Haron.Azmi masih teragak-agak untuk membuka peti simpanan milik Dato Haron iaitu usahawan yang disegani oleh kebanyakan orang.Namun, memikirkan nyawa anak dan isterinya itu, dia terpaksa akur.Azmi terus menaip kata laluan peti simpanan itu dan membukanya.Dua karung beg kain kecil yang berisi dengan berlian dan sepuluh jongkol emas di ambil dari peti itu dan diisinya ke dalam beg yang di ambil dari tandas tadi.Selepas selesai mengisi beg tersebut, Azmi terus keluar dari bilik kebal itu dan terus masuk ke dalam pejabatnya semula.Azmi mundar mandir menunggu arahan seterusnya.Langkahnya terhenti apabila teliponnya berbunyi lagi.Dengan pantas Azmi terus menjawab panggilan tersebut.

“Saya dah buat semua benda yang awak mahu.Sekarang, tolong la lepaskan isteri dan anak saya” merayu lagi Azmi kepada pemanggil itu.
“Encik nak saya kerat tangan anak encik ke? Saya kata semua emas dan berlian.Kenapa ada separuh saja?”
“Eh, saya dah masukkan semua la.Buat apa saya nak tipu awak” balas Azmi terketar-ketar selepas di tengking dan di ugut oleh pemanggil itu. 
“Encik jangan nak tipu.Saya boleh tahu kalau encik tipu saya.Beg yang encik ambil tu ada pengesan” jelas pemanggil itu kepada Azmi dengan nada yang benar-benar serius.
“Jadi kalau tak cukup barang-barang yang saya nak, memang saya boleh tahu.Sekarang pergi masuk balik dalam bilik tu dan sebelum saya lupa.Ambil juga sampul yang ada dalam peti tu.Jangan ulangi kesilapan yang sama.Kalau tak...” jelas lagi pemanggil itu kepada Azmi sambil mengacukan pistol ke arah isterinya.
“Baik lah, saya janji tak tipu lagi” balas Azmi dan terus kembali semula ke dalam bilik itu.
Tidak menjadi masalah untuk Azmi masuk semula ke dalam bilik itu apabila pekerja-pekerja lain sibuk pada hari itu.Azmi membuka semula peti itu dan kali ini dia mengambil semua emas dan berlian.Sepucuk sampul yang berlipat juga di ambilnya juga seperti mana yang di arah oleh pemanggil itu.Selepas itu Azmi bergerak semula ke dalam pejabatnya.Teliponnya berbunyi lagi dan Azmi terus menjawab.
“Okay, saya dah buat semua arahan awak.Apa lagi yang awak mahu?” soal Azmi.
“Bagus.Sekarang kalau tengok jam dah sampai waktu lunch.Saya nak encik keluar macam biasa”
Tanpa sebarang soal Azmi terus keluar dari pejabatnya dan terus menuju pintu utama banknya itu.Berbimbitkan beg yang berisi dengan harta milik Dato Harun, Azmi keluar seperti biasa.Namun hatinya serba salah dan tidak menyangka bahawa semua ini terjadi padanya hari itu.Teliponnya sentiasa di telinganya untuk menerima arahan seterusnya.
“Saya dah keluar dari bangunan.Sekarang apa?” tanya Azmi dengan akur.
“Bagus, lihat sebelah kanan encik.Ada kereta warna merah.Pergi dan naik kereta tu.Duduk belakang”
“Baik” jawab pendek Azmi.
Azmi terus menuju ke kereta tersebut dengan pantas dan terus membuka pintu belakang dan memasuki kereta itu.Azmi cuba melihat pemandu kereta itu melalui cermin pandang belakang namun pemandu itu memakai sarung kepala.Pemandu itu terus memandu sebaik saja Azmi memasuki kereta itu tanpa menyoal apa-apa.
“Awak nak bawa saya ke mana?” Azmi menyoal pemandu itu namun tiada jawapan daripada pemandu itu.

Azmi di basahi peluhnya sendiri kerana terlalu takut dan terkejut.Dirinya diselubungi dengan berbagai tanda tanya.Dia tahu perkara yang sedang dia lakukan itu adalah salah.Namun demi keselamatan keluarganya, dia terpaksa menjadi boneka untuk sementara waktu.Termenung Azmi memikirkan isteri dan anaknya pada masa itu.Hatinya menjadi kucar kacir, tidak keruan.Sepertinya dia mahu saja membunuh mereka yang menggunakan dirinya.Perhatiannya terganggu semula apabila teliponnya berbunyi lagi.Azmi terus menjawab panggilan itu.Kereta yang di naikinya itu pun turut berhenti di suatu kawasan yang jauh dari bandar.
“Sekarang apa yang awak mahu saya lakukan?” tanya Azmi menunggu arahan seterusnya.
“Baiklah, ini yang terakhir.Lepas ni encik boleh hidup dengan senang.Saya nak encik ambil sampul yang encik ambil dari peti tadi dan masukkan ke dalam peti surat rumah kosong yang berhampiran dengan encik.Jelas”
Tanpa menjawab Azmi terus keluar dari kereta itu dan menuju ke arah peti surat yang berhampiran dengannya.Dia membuka beg yang berisi dengan barang-barang penting itu dan mengambil sampul surat yang di ambil dari peti sebentar tadi.Azmi terus memasukkan sampul itu tanpa melihat isi sampul itu.Apa yang dia mahu, isteri dan anaknya selamat.Kemudian Azmi kembali semula ke kereta itu dan terus masuk ke dalam semula.Kereta itu bergerak semula sebaik sahaja Azmi memasuki kereta itu.Kali ini Azmi berasa lega sedikit apabila kereta itu bergerak menuju pulang ke banknya semula.Dia tahu bahawa semua ini hampir berakhir.Berbunyi lagi teliponnya dan Azmi cepat-cepat menjawabnya.
“Semua saya dah uruskan, sekarang tolong lepaskan isteri dan anak saya” Azmi merayu buat kali yang terakhir kepada pemanggil itu.
“Baiklah, janji tetap janji.Encik dah buat apa yang saya nak dan saya akan lepaskan anak encik.Tapi..”
“Tapi apa lagi, saya dah buat apa awak nak.Lepaskan la mereka.Saya merayu pada awak” merayu Azmi lagi.
“Janji tetap janji.Encik dah buat gangguan sedikit tadi.Ucapankan kata-kata terakhir kepada isteri encik”
“Jangan!” jerit Azmi merayu.
            Pemanggil itu terus mengacu pistol ke arah kepala isteri Azmi dan dengan pantas, pistol itu memuntahkan peluru yang telah lama tersimpan.Menembusi tengkorak kepala isteri Azmi dan terus memakan darah-darah yang ada di dalam otak isterinya itu dan terus keluar semula kesebelah dengan pantas.Azmi yang masih mendengar panggil itu seperti orang yang baru bangun dari koma.Hatinya bagai mahu tercabut.Azmi bagai tidak percaya apa yang telah terjadi pada isterinya.Menjerit Azmi di dalam kereta itu.Anak tekaknya seperti mahu tercabut.Azmi yang tidak tentu arah di dalam kereta itu tiba-tiba menjumpai pistol yang ada di bawah tempat duduk pemandu.Azmi terus mencapai pistol itu dan terus menembak pemandu itu tanpa belas kasihan.Perasaan marahnya itu telah membuat pemandu itu mati dan kereta itu terus terbalik merempuh pembahagi jalan.Azmi pengsan dan terus tidak menyedarkan diri.