BAB
2
“Selamat pagi Encik Azmi”
“Selamat pagi.Siapa ni?” tanya Azmi
kepada pemanggil teliponnya.
“Saya rasa encik tidak perlu tahu
siapa saya.Apa yang encik perlu tahu, saya mahu encik tunaikan permintaan saya
hari ini”
“Hei, siapa awak ni!? Saya tak ada
masa nak layan awak.Banyak lagi kerja yang saya nak kena uruskan” balas Azmi
dengan nada yang tinggi.
“Saya rasa encik tak perlu nak
tinggi-tinggikan suara.Kalau encik nak anak dan isteri encik selamat, tunaikan
permintaan saya hari ini”
Terbangun Azmi dari kerusi apabila
mendengar kata-kata pemanggil tersebut.
“Awak jangan nak main-main dengan
saya.Apa bukti isteri dan anak saya ada bersama dengan awak?” pinta Azmi untuk
kepastian dengan perasaan yang sungguh terkejut.
“Baiklah, kalau itu yang encik
mahukan” balas pemanggil misteri itu dan terus menuju ke arah isteri Azmi.
“Nah, suami kamu nak dengar suara kamu
yang manis tu.Sekejap je aku bagi” pesan pemanggil misteri tersebut kepada
isteri Azmi.
“Abang, tolong Ina bang! Abang..”
“Sayang, sayang!” balas Azmi yang
sungguh terkejut apabila mendengar suara isterinya itu.
“Eh, ada aku suruh kau menjerit ke ha?
Kau tau tak dosa kalau tinggi-tinggi kan suara dekat suami” tengking pemanggil
misteri tersebut ke arah isteri Azmi dan terus menarik semula telipon.
“Okay,
encik dah dengar kan suara isteri encik.Nak lagi bukti? Kalau nak, boleh
je.Saya boleh bagi jari isteri encik bersama-sama cincin nikahnya sekali.Kalau
encik nak la”
“Hei, awak jangan apa-apa kan isteri
saya! Baiklah, saya akan tunaikan permintaan awak.Apa yang awak mahu? Janji,
jangan apa-apakan isteri dan anak saya” Azmi merayu kepada pemanggil tersebut
seperti fakir yang meminta sedekah.
“Haaa, macam ni la bagus.Okay, saya nak encik masuk dalam bilik
kebal yang ada dalam bank encik”
“Awak nak saya rompak bank saya
sendiri ke?” soal Azmi dengan nada yang terkejut.
“Saya tak suruh pun encik rompak
bank.Lagi pun encik kan pengurus bank.Kalau nak keluar masuk dalam bilik kebal
tu mesti tak ada masalahkan.”
“Kalau bukan nak suruh saya rompak,
apa yang awak nak dalam bilik kebal tu?” soal lagi Azmi.
“Bagus, soalan yang bagus.Apa pun,
langkah pertama saya nak encik masuk ke dalam tandas awam dalam bank encik dan
ambil beg di bawah singki.Gerak sekarang dan kalau saya tahu ada sebarang gangguan
yang encik buat, encik boleh tahu apa yang akan terjadi kepada anak dan isteri encik.”
jelas pemanggil tersebut kepada Azmi dengan serius.
“Okay,
saya faham” balas Azmi yang terketar-ketar.
“Sekarang keluar, buat macam biasa”
arah pemanggil tersebut.
Azmi terus keluar dari pejabatnya dan
menuju ke tandas awam bank itu.Berpeluh-peluh Azmi menghadapi situasi seperti
itu.Berlakon seperti tidak ada-apa berlaku, Azmi terus berjalan pantas masuk ke
dalam tandas.Terbongkok-bongkok Azmi mencari beg tersebut.
“Dah, beg dah ada bersama saya.Apa
seterusnya?” soal Azmi seperti akur dengan arahan pemanggil itu.
Dia tahu nyawa anak dan isterinya
lebih penting pada masa itu.Akur dengan arahan adalah tindakan yang betul
baginya.Silap sedikit, dia akan kehilangan orang yang tersayang dalam hidupnya
itu.
“Bagus, sekarang saya nak encik masuk
ke dalam bilik kebal tu dan isi emas dan berlian yang pelanggan encik simpan ke
dalam beg tu.Jelas?”
“Awak nak saya isi semua emas dan
berlian yang ada dalam bilik tu ke? Mana boleh saya buat macam tu.Saya tak tahu
kata laluan pelanggan-pelanggan saya.Kalau encik nak saya isi dengan wang-wang
yang ada dalam bank ni boleh la” balas Azmi yang sungguh terkejut dengan
permintaan pemanggil tersebut.
“Ada saya kata semua yang ada dalam bilik
tu? Saya hanya mahu emas dan berlian milik Dato Haron.Kata laluannya saya akan
hantar melalui mesej.Jelas?”
“Jelas” balas Azmi tanpa menyoal.
“Kalau macam tu gerak sekarang.Lepas
ni saya bagi mesej.”Balas pemanggil
tersebut dan terus menamatkan talian.
Dengan pantas Azmi terus bergerak
menuju bilik kebal yang berhampiran dengan pejabatnya.Sebagai pengurus bank,
tiada masalah baginya untuk keluar masuk ke dalam bilik kebal tersebut.Azmi
yang kelihatan teragak-agak terus menaip kata laluan pintu bilik kebal itu dan
membukanya dengan hati yang serba salah.Perhatiannya teralih apabila teliponnya
berbunyi.Azmi membuka mesej yang di
hantar oleh pemanggil tersebut dan terus ke peti simpanan Dato Haron.Azmi masih
teragak-agak untuk membuka peti simpanan milik Dato Haron iaitu usahawan yang
disegani oleh kebanyakan orang.Namun, memikirkan nyawa anak dan isterinya itu,
dia terpaksa akur.Azmi terus menaip kata laluan peti simpanan itu dan
membukanya.Dua karung beg kain kecil yang berisi dengan berlian dan sepuluh jongkol
emas di ambil dari peti itu dan diisinya ke dalam beg yang di ambil dari tandas
tadi.Selepas selesai mengisi beg tersebut, Azmi terus keluar dari bilik kebal
itu dan terus masuk ke dalam pejabatnya semula.Azmi mundar mandir menunggu
arahan seterusnya.Langkahnya terhenti apabila teliponnya berbunyi lagi.Dengan
pantas Azmi terus menjawab panggilan tersebut.
“Saya dah buat semua benda yang awak
mahu.Sekarang, tolong la lepaskan isteri dan anak saya” merayu lagi Azmi kepada
pemanggil itu.
“Encik nak saya kerat tangan anak
encik ke? Saya kata semua emas dan berlian.Kenapa ada separuh saja?”
“Eh, saya dah masukkan semua la.Buat
apa saya nak tipu awak” balas Azmi terketar-ketar selepas di tengking dan di
ugut oleh pemanggil itu.
“Encik jangan nak tipu.Saya boleh tahu
kalau encik tipu saya.Beg yang encik ambil tu ada pengesan” jelas pemanggil itu
kepada Azmi dengan nada yang benar-benar serius.
“Jadi kalau tak cukup barang-barang
yang saya nak, memang saya boleh tahu.Sekarang pergi masuk balik dalam bilik tu
dan sebelum saya lupa.Ambil juga sampul yang ada dalam peti tu.Jangan ulangi
kesilapan yang sama.Kalau tak...” jelas lagi pemanggil itu kepada Azmi sambil
mengacukan pistol ke arah isterinya.
“Baik lah, saya janji tak tipu lagi”
balas Azmi dan terus kembali semula ke dalam bilik itu.
Tidak menjadi masalah untuk Azmi masuk
semula ke dalam bilik itu apabila pekerja-pekerja lain sibuk pada hari itu.Azmi
membuka semula peti itu dan kali ini dia mengambil semua emas dan berlian.Sepucuk
sampul yang berlipat juga di ambilnya juga seperti mana yang di arah oleh
pemanggil itu.Selepas itu Azmi bergerak semula ke dalam pejabatnya.Teliponnya
berbunyi lagi dan Azmi terus menjawab.
“Okay, saya dah buat semua arahan awak.Apa
lagi yang awak mahu?” soal Azmi.
“Bagus.Sekarang kalau tengok jam dah
sampai waktu lunch.Saya nak encik
keluar macam biasa”
Tanpa sebarang soal Azmi terus keluar
dari pejabatnya dan terus menuju pintu utama banknya itu.Berbimbitkan beg yang
berisi dengan harta milik Dato Harun, Azmi keluar seperti biasa.Namun hatinya
serba salah dan tidak menyangka bahawa semua ini terjadi padanya hari
itu.Teliponnya sentiasa di telinganya untuk menerima arahan seterusnya.
“Saya dah keluar dari
bangunan.Sekarang apa?” tanya Azmi dengan akur.
“Bagus, lihat sebelah kanan encik.Ada
kereta warna merah.Pergi dan naik kereta tu.Duduk belakang”
“Baik” jawab pendek Azmi.
Azmi terus menuju ke kereta tersebut
dengan pantas dan terus membuka pintu belakang dan memasuki kereta itu.Azmi
cuba melihat pemandu kereta itu melalui cermin pandang belakang namun pemandu
itu memakai sarung kepala.Pemandu itu terus memandu sebaik saja Azmi memasuki
kereta itu tanpa menyoal apa-apa.
“Awak nak bawa saya ke mana?” Azmi
menyoal pemandu itu namun tiada jawapan daripada pemandu itu.
Azmi di basahi peluhnya sendiri kerana
terlalu takut dan terkejut.Dirinya diselubungi dengan berbagai tanda tanya.Dia
tahu perkara yang sedang dia lakukan itu adalah salah.Namun demi keselamatan
keluarganya, dia terpaksa menjadi boneka untuk sementara waktu.Termenung Azmi
memikirkan isteri dan anaknya pada masa itu.Hatinya menjadi kucar kacir, tidak
keruan.Sepertinya dia mahu saja membunuh mereka yang menggunakan dirinya.Perhatiannya
terganggu semula apabila teliponnya berbunyi lagi.Azmi terus menjawab panggilan
itu.Kereta yang di naikinya itu pun turut berhenti di suatu kawasan yang jauh
dari bandar.
“Sekarang apa yang awak mahu saya
lakukan?” tanya Azmi menunggu arahan seterusnya.
“Baiklah, ini yang terakhir.Lepas ni
encik boleh hidup dengan senang.Saya nak encik ambil sampul yang encik ambil
dari peti tadi dan masukkan ke dalam peti surat rumah kosong yang berhampiran
dengan encik.Jelas”
Tanpa menjawab Azmi terus keluar dari
kereta itu dan menuju ke arah peti surat yang berhampiran dengannya.Dia membuka
beg yang berisi dengan barang-barang penting itu dan mengambil sampul surat
yang di ambil dari peti sebentar tadi.Azmi terus memasukkan sampul itu tanpa
melihat isi sampul itu.Apa yang dia mahu, isteri dan anaknya selamat.Kemudian
Azmi kembali semula ke kereta itu dan terus masuk ke dalam semula.Kereta itu
bergerak semula sebaik sahaja Azmi memasuki kereta itu.Kali ini Azmi berasa
lega sedikit apabila kereta itu bergerak menuju pulang ke banknya semula.Dia
tahu bahawa semua ini hampir berakhir.Berbunyi lagi teliponnya dan Azmi
cepat-cepat menjawabnya.
“Semua saya dah uruskan, sekarang
tolong lepaskan isteri dan anak saya” Azmi merayu buat kali yang terakhir
kepada pemanggil itu.
“Baiklah, janji tetap janji.Encik dah
buat apa yang saya nak dan saya akan lepaskan anak encik.Tapi..”
“Tapi apa lagi, saya dah buat apa awak
nak.Lepaskan la mereka.Saya merayu pada awak” merayu Azmi lagi.
“Janji tetap janji.Encik dah buat
gangguan sedikit tadi.Ucapankan kata-kata terakhir kepada isteri encik”
“Jangan!” jerit Azmi merayu.
Pemanggil itu terus mengacu pistol
ke arah kepala isteri Azmi dan dengan pantas, pistol itu memuntahkan peluru
yang telah lama tersimpan.Menembusi tengkorak kepala isteri Azmi dan terus
memakan darah-darah yang ada di dalam otak isterinya itu dan terus keluar
semula kesebelah dengan pantas.Azmi yang masih mendengar panggil itu seperti
orang yang baru bangun dari koma.Hatinya bagai mahu tercabut.Azmi bagai tidak
percaya apa yang telah terjadi pada isterinya.Menjerit Azmi di dalam kereta
itu.Anak tekaknya seperti mahu tercabut.Azmi yang tidak tentu arah di dalam
kereta itu tiba-tiba menjumpai pistol yang ada di bawah tempat duduk
pemandu.Azmi terus mencapai pistol itu dan terus menembak pemandu itu tanpa
belas kasihan.Perasaan marahnya itu telah membuat pemandu itu mati dan kereta
itu terus terbalik merempuh pembahagi jalan.Azmi pengsan dan terus tidak
menyedarkan diri.
No comments:
Post a Comment