Senyap,
Aku mahu bersuara,
Dengar apa yang akan ku katakan,
Perkara yang membosankan untuk si kosong,
Hanya mengikut telunjuk pemijak kepala.

Di sana tiada lagi hijau,
Hanya tanah yang engkau lihat,
Mati si rama-rama beterbangan,
Mati si penyedut udara di bunuh besi.
Mengapa mesti bertikam?
Aku dan engkau adalah sama,
Mengapa perlu ada sempadan?
Perbezaan pendapat bukan satu halangan,
Hanya pemikiran yang singkat membuat kita bertindak kejam.
Kita bukan tuhan,
Kita juga bukan mencipta sesama kita,
Mengapa begitu cepat menilai buku?
Itu yang engkau lakukan,
Dan kerana itu lah engkau ku panggil si kosong.
No comments:
Post a Comment