Sunday, 6 January 2013

ASING...

Assalamualaikum...

Asing,
Itu yang dapat diungkapkan,
Menjadi kaku dan bisu melihat suasana,
Adakah kerana pemikiran yang membezakan sifat?
Menjadi tanda tanya yang separa jawapan.

Asing,
Masih terapung-apung diawangan,
Bagaimana caranya untuk ku jatuhkan perasaan itu,
Menjadi sebahagian daripada si merak?
ataupun menjadi si pendusta?
ataupun menjadi si lalang?

Buntu si pemikir,
Keadaan memaksanya untuk berdikari,
Keadaan juga memaksanya menjadi si pendusta,
Keadaan juga memaksa dirinya mengikut telunjuk,
Masih berselindung dibalik topeng yang terlekat dimukanya...

No comments:

Post a Comment