Hei!
Engkau yang sedang termenung itu,
Jangan bebankan otakmu,
Buat saja apa yang engkau mahu,
Kerana itu lah dirimu.
Hei!
Engkau yang masih terpinga-pinga,
Jangan biarkan dirimu ditertawa,
Berdiri tegak wahai pemuda,
Sebentar lagi kamu akan diuji.
Aku tahu,
Engkau masih merasa dirimu terbeban,
Soalnya mengapa kamu membiarkan,
Di heret ke sana sini bagai tongkat si buta.
Kamu juga perlukan otak mu.

Kesian aku melihatmu,
Kesian juga aku melihat aku,
Terpedaya oleh dirimu yang diperdaya,
Menjadi boneka si buta.
Adakah engkau masih tidak sedari?
Atau engkau mendiamkan diri?
Aku perlukan ruang darimu,
Engkau juga perlukan ruang untukmu.
Salam.
ReplyDeleteNice blog :)
waalaikumusalam...
Deletetq... (: