Sunday, 3 March 2013

KEJUTAN MINDA...


Hampir 30 minit aku termenung di atas katil bilik ku.Masih terpapar jelas wajahku yang baru lepas terjaga dari tidur.Suara-suara dari luar aku tidak hiraukan sehingga aku rasa hanya aku seorang sahaja di kamsis .Sungguh sunyi dan sepi aku rasakan.Tiada sebarang bunyi yang dapat memecahkan kesunyian yang aku rasa selama 30 minit itu.Mata ku hanya tertumpu pada dinding bilikku yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan penghuni biliku sebelum ini.Seperti ada sesuatu yang menarik perhatianku kerana pandanganku tidak beralih arah walaupun sesaat.

“Sampai bila?” bisik hati bertanya pada diriku.Tiada jawapan yang dapat ku berikan kerana aku tak tahu jawapan untuk persoalan itu.Berkerut dahi ku.Sepertinya ada sesuatu yang ingin aku luahkan yang selama ini menjadi beban kepada hatiku.Berat aku rasakan.Beribu cubaan telah ku lakukan untuk meringankan berat itu.Namun hasilnya hanya menambahkan berat itu.Aku tidak pasti jika apa yang aku rasakan ini adalah parasit dalam hidupku, ingin sahaja aku buang terus dari hidupku.Ingin sahaja aku memecahkan kepala ku agar kesemua ingatanku hilang.Sudah pasti beban yang berat itu turut pergi bersama ingatanku.

Tapi, apa pula yang akan terjadi pada diriku dan juga kepada mereka yang berada disekeliling ku.Adakah aku akan membebankan mereka pula? Oleh kerana tindakanku yang terlalu mengikutkan perasaan itu, aku telah memberi bebanan kepada mereka yang lain.Terlalu mementingkan diri tidak dapat memberi kebaikan kepadaku.

Ketukan pintu telah membuat lamunanku terhenti.Pandanganku beralih ke pintu bilikku.

“Siapa?” tanyaku.Tanpa sebarang jawapan pintu itu diketuk lagi.
“Siapa?” untuk kali yang kedua soal ku.Namun tetap sama dengan tiada sebarang jawapan.

Aku bangun dari katil dan dan terus menuju ke pintu.

“Siapa?” soalku lagi untuk kali yang terakhir.Namun perkara yang sama berlaku.Tiada sebarang jawapan.

Jam tepat pukul 1230.Menjadi tanda tanya kepadaku.Siapa yang mengetuk pintu bilikku.Dengan perasaan yang ingin tahu, kucapai tombol pintu dan memulasnya.Aku membuka sedikit pintuku dan melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu ku.Bertambah persoalan lagi kepadaku apabila kudapati tiada siapa.Lalu ku membuka keseluruhan pintu bilik ku dan menjenguk keluar.Tiada kelibat ataupun bayang yang dapat ku lihat.

“Siapa yang ketuk pintu bilik ni?” soal ku.

Aku pun kembali ke dalam bilik dan menutup semula pintuku.Berkerut dahiku memikirkan siapakah yang mengetuk pintu bilikku.aku kembali semula ke tempat asalku.Berbantalkan timbunan kain bajuku yang masih belum berlipat, aku melabuhkan kepalaku.Masih terapung-apung di fikiranku.Siapa agaknya yang mengetuk pintu bilikku.Terhenti sebentar apabila perut ku berbunyi.Jam ku perhatikan lagi.Hampir pukul 1300.Aku masih tidak mengisi perut ku.


Tanpa melengahkan masa aku pun bangun semula dari katil  dan menuju ke almari yang hanya beberapa tapak  dari katilku.Pintu almari ku buka dan ku capai sehelai baju putih.Laci kemudianya ku buka dan ku capai beg duit ku yang tersorok ke dalam sedikit.Ku belek beg duit ku dan hanya ada dua helai wang kertas yang berwarna merah.Baju putih yang kucapai sebentar tadi ku sarungkan ke badanku dan  aku terus menuju ke pintu bilik untuk keluar pergi mencari makanan.Sebaik sahaja aku menghampiri pintu bilik, aku dikejutkan lagi dengan bunyi ketukan.Dengan segera, aku terus mencapai tombol pintu dan membuka pintu bilikku.Alangkah terkejutnya aku apabila tiada siapa yang aku lihat dihadapan bilikku.Dengan perasaan yang curiga aku terus menjenguk keluar bilik dan aku lihat satu kelibat yang berlari keluar ke tangga bangunan kamsisku.Tanpa berfikir panjang aku terus mengejar kelibat itu untuk mengetahui siapakah itu.Semakin aku kejar semakin jauh aku ditinggalkan oleh kelibat itu.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti mengejarnya.Aku membongkokkan badanku dan tercungap-cungap aku bernafas disebabkan kepenatan mengejar kelibat itu.Dalam kepenatan itu, aku baru menyedari aku terlupa untuk menutup pintu bilikku sebelum mengejar kelibat itu.Dengan pantas aku berlari anak kembali semula ke bilikku untuk menutup pintu.Terseradung aku jatuh ke lantai di sebabkan kakiku tersangkut di palang ketika ku cuba untuk melompat menyeberangi  palang itu.Berdarah sikuku kerana cuba untuk menahan badanku dari rapat ke lantai.Dengan perasaan yang geram, aku bangun semula dan memaki palang yang tidak bernyawa itu.Aku kemudian bergerak semula ke bilikku yang masih belum tertutup.

Sebaik sahaja sampai di aras bangunanku, aku melihat pintu bilikku sudah tertutup.

“Mesti angin tiup dari dalam”, aku membuat andaian.Aku terus menghampiri bilikku untuk memastikan tiada siapa yang berada di dalam biliku.Terkejut aku apabila aku tidak dapat membuka pintu bilikku kerana terkunci dari dalam.Seingatku pintu kubiarkan tidak berkunci dari dalam sebelum aku mengejar kelibat itu.Menjadi tanda tanya kepadaku bagaimana pintu bilikku boleh terkunci dari dalam.

“Mungkin dia dah balik kot” aku membuat andaian lagi.Aku pun mengetuk pintu bilikku.Namun tiada sebarang reaksi atau jawapan dari dalam ku dapat.Lalu aku pun menyeluk poket seluarku untuk mengambil kunci bilikku.Hanya itu sahaja cara untukku membuka pintu bilikku.Namun tiada apa-apa yang ku dapat dari poket seluarku.Kunci bilikku tiada di dalam poket seluarku.Aku sedikit terkejut dan meraba-raba badanku mencari kunci.

“Mesti tercicir dekat palang tadi”, fikirku.Lalu aku kembali semula ke tempat dimana aku terjatuh sebentar tadi.Sebaik sahaja sampai, kunci bilik ku lihat berada di dalam longkang berhampiran palang itu.Aku pun mengambil kunci itu dan kembali semula ke bilikku.Sikuku masih berdarah.Aku kemudianya terus pergi ke bilik air untuk mencuci sikuku yang berdarah itu.Sakitnya masih dapat ku rasa apabila air kusiram ke tempat luka.Aku kemudianya mengelap sikuku dengan kain bajuku untuk mengeringkan basah pada sikuku.Sambil itu aku berjalan keluar dari bilik air yang hanya beberapa tapak dari bilikku.Teringat aku untuk makan apabila perutku berbunyi semula.Aku pun meraba poket seluarku mencari beg duitku.Baru aku sedari beg duit ku juga tercicir di palang itu.Terhantuk kepalaku di pintu bilik kerana tidak menyedari aku sudah merapati pintu bilik.Aku pun berpusing dan terus berlari anak sambil mengusap dahiku yang terhantuk di pintu bilikku.

“Harap-harap tak ada siapa yang jumpa wallet aku tu” bisik aku sambil berlari anak kembali semula ke tempat ku terjatuh untuk mendapatkan beg duit ku. Sebaik sahaja sampai, aku terkejut melihat ada seseorang yang terbaring di tempat aku terjatuh sebentar tadi.Aku pun cuba untuk mengenal pasti siapakah yang terbaring itu dengan merapati dengan tubuh itu.Semakin aku merapati, semakin rancak jantungku berdenyut.Aku terkejut melihat diriku sendiri yang terbaring itu.Dengan perasaan yang terlalu takut dan terkejut aku terus berlari jauh dari tempat itu dan kembali semula ke bilikku dari arah yang lain.Kejutan demi kejutan datang menerpaku.Aku melihat diriku lagi dihadapan pintu bilikku dari jauh.Kemudian diriku itu berlari keluar seperti mana yang lakukan tadi.Kemudian aku lihat diriku lagi keluar dari bilik mengejar diriku yang satu lagi itu tanpa menutup pintu.

       

         
          Aku dengan hati yang terlalu terkejut terus berlari masuk ke dalam bilikku menutup dan mengunci bilikku.Aku yang masih berada dihadapan pintu berundur ke belakang dan terus labuhkan punggungku ke atas katil.Aku masih terkejut memikirkan kejadiaan yang menimpaku ini.Aku keletihan kerana terlalu banyak perkara yang aneh berlaku.Aku kemudiannya melabuhkan badanku dan baring diatas katil.Dengan perlahan mataku layu dan terus menutup mindaku dari terus berfikir....




2 comments: