Assalamualaikum...
Zaman aku tak banyak cerita,
Sebab zaman aku sama macam zaman sebelum ini,
Perlukah aku cerita?,
Baca buku sejarah,
Jumpalah cerita zaman aku.
Zaman aku memang tak banyak cerita,
Nak cerita panjang lebar pun tak lebar mana,
Semua dah ada,
Tekan-tekan dah jumpa.
Bukan nak kata apa,
Memang itu hakikatnya,
Dari hina naik mulia,
Dari mulia turun hina.
Itu zaman aku....
Tamadun dah tak ada..
Wednesday, 21 May 2014
Saturday, 3 May 2014
RAHMAT
Assalamualaikum...
Bernafas dengan bebas,
Tenangkan jiwa,
Setenang air sungai yang mengalir pergi,
Kosongkan minda,
Sekosong warna putih...
Mata kecil yang baru,
Bulat-bulat,
Cerah warnanya,
Tidak dicemari...
Awan masih menangis,
Tangisan kecil masih didengari,
Mungkin ingin melihat Si Putih menangis?
Atau mungkin ingin melihat Si Hijau yang sedang mandi?
Jika itu kemahuanmu si mata kecil,
Biar tangan ini membawamu melihat mereka...
Tataplah,
Puaskan hatimu,
Renunglah semuanya,
Rasakan dinginnya,
Dengarlah rintik-rintik itu,
Biar engkau tahu ini rahmat untukmu...
Liar mata kecil melihat Si Hijau bersuka-ria,
Sepertinya mahu sahaja bermain bersama-sama,
Merasa sejenak kedinginan tangisan Si Putih,
Merasa sejenak riang ria bersama Si Hijau,
Merasa segala-gala yang ada disekelilingnya...
Sabar si mata kecil,
Nanti tiba saatmu untuk merasa,
Rasalah semuanya,
Itu semua untuk mu,
Itu semua diciptakan untuk mu,
Jangan pernah jemu,
Rahmat yang diberi jangan pernah engkau runguti,
Bersyukurlah pada setiap apa yang diberikan untukmu...
Saturday, 7 September 2013
Who I'm?
Who i'm?
The thing that keep thinking in my head...
Why till now i still don't really know who i'm...
This thing make me feel sick and tired...
It just like a parasite in my head...
Feel like i don't interested to live anymore...
live in this full of lies and paranoid people...
And i just like them too...
Don't have a direction or magnitude..
Or, a purpose to keep living...
Who i'm?
Still keep thinking of it...
Should i find the answer?
Or should i kill it?
And i don't have the answer for the question that i make..
I just don't understand why i write this thing...
and i don't understand myself...
because of that, nobody will understand me too..
so stop fucking try to understand me...
it make me feel like fool and stupid...
and also to the people that want to solve that question...
because just me have the answer for that question.
Sunday, 10 March 2013
A MINUTE...
Pandanganku menjadi
terhad apabila seseorang berdiri dihadapanku.Membelakangiku sambil bercakap
melalui telefon dengan seseorang.Aku cuba untuk mencuri dengar perbualannya.
“Pukul 2.30 petang barang tu sampai” sambil melihat jam yang hanya
tinggal dua jam dari perbualannya.
Datang seorang lelaki
berpakai hitam menghampiri lelaki yang berada dihadapanku.Gayanya seperti mafia
yang selalu di tayangkan dalam filem barat.Aku cuba mencuri dengar lagi perbualan
mereka.
“Tuan, isteri dan anak tuan sudah menunggu di kereta.Boleh kita
bertolak sekarang?” terang lelaki itu
yang berkemungkinan pemandu kereta lelaki di hadapanku ini.
“Baiklah...engkau nanti tolong ingatkan aku pukul 1.00 petang ni....”
perlahan-lahan perbualan mereka pudar dari pendengaranku.
Mereka terus berlalu
pergi.Aku yang masih terduduk di bangku panjang dalam sebuah pusat membeli belah, beralih
pandangan ke sebuah butik yang tidak jauh dariku.Dia dari jauh memanggilku
memasuki butik tersebut.Aku mengeluh kecil apabila dipanggil oleh si dia yang
selalu menjadikan ku sebagai penemannya.Menjadi pekerjaanku untuk menemaninya
setiap kali si dia keluar membeli belah.Aku akan menjadi tukang mengangkat
barang-barang yang dibeli olehnya.
“Kenapa muka macam ni.Macam tak suka keluar dengan kita pula” si dia
mencebikkan mukanya.
“Tak makan lagi la awak” perlahan aku berjalan menghampiri si dia.
“La, kenapa tak bagitau awal-awal.Kita pun lapar ni” sambil meletakkan
tangannya ke perut.
“Sebab awak tak tanya pun.Awak pun macam tak nak makan saya tengok”
beralih pandangan ke suatu sudut yang dipenuhi dengan pengunjung.
“Marilah kita cari tempat makan” si dia menarik lenganku.
Aku yang masih tidak
bertenaga mengikut saja ke mana si dia membawaku.Aku seperti anak patungnya
yang mampu membisukan diri.Pandanganku lama kelamaan semakin pudar.Cahaya yang
terang menerang kulihat semakin malap.
‘kenapa ni?’ bisikku yang masih ditarik oleh si dia.
Semakin lama kepalaku
mula menjadi berat.Aku seperti orang yang sedang berhayal.Titik fokus ku
menjadi tidak tentu hala.Orang yang berada sekeliling membuatku jadi tidak
senang.Aku berasa semua yang berada disekeliling melihatku.Sepertinya mereka
sedang mentertawakan aku.Dengan perlahan aku terjatuh dan terbaring di atas
lantai.Pandanganku semakin lama semakin malap dan lama kelamaan menjadi gelap.
“Terima kasih” aku yang masih dalam keadaan mamai mengulur senyuman
kepada orang tersebut dan dia pun berlalu pergi dengan membalas senyumanku.
“Ermm...ada apa call ni?”
aku cuba mengeluarkan suara yang seperti tidak mahu keluar.
“Ermm..yela.Aku gerak ni......hello..eh,
habis pula” telifon ku terus mati kehabisan bateri.
Aku
yang mamai di atas sebuah kerusi panjang termenung sebentar memikirkan mimpi
pelik yang baru sahaja aku mimpikan.Keletihan menguasai diri selepas penat
berjalan sendirian.Aku kemudianya bangun dari tempat duduk dan terus keluar
dari bangunan yang ku berada itu menuju ke motor.Langkah aku terhenti apabila
terpandang seseorang yang selama ini selalu bermain di fikiranku.Aku merenung
tajam tepat ke arah orang itu.
‘Bukan dia la’ bisikku melepaskan nafas kecewa.Aku pun kembali
melangkah menuju ke motor untuk pulang.
Sunday, 3 March 2013
ALWAYS THINK...
Assalamualaikum...
Memikirkan
bagaimana si kaya itu menjadi buta,
Tidak pada
sahabatnya si miskin yang selalu gembira,
Hampir
kepada sahabatnya si biasa yang sentiasa gelisah.
Kabur dan
pudar lagi mindaku,
Mencari
jawapan dari soalan yang sudah berjawap,
Jawapan yang
mampu memberikan keyakinan,
Keyakinan kepada
para pejuang untuk berundur dan mengalah,
Kerana
perkara remeh itu akan membebankan hidupan yang lain.
Diam dan
perhatikan sahaja,
Hanya itu
yang engkau mampu,
Dan hanya
itu yang aku mampu,
Melebihi
tanggungjawabku hanya akan memberi keburukan,
Bukan sahaja
kepadamu,
Malah kepada
setiap hidupan di sekelilingku.
Bukan itu
yang aku mahukan,
Berhenti
berfikir,
Perkara yang
merugikanku,
Akalku
bukanlah untuk engkau merosakkan alam,
Tetapi untuk
engkau membina sebuah kehidupan,
Kehidupan
yang bermakna untuk semua.
KEJUTAN MINDA...
Hampir 30
minit aku termenung di atas katil bilik ku.Masih terpapar jelas wajahku yang
baru lepas terjaga dari tidur.Suara-suara dari luar aku tidak hiraukan sehingga
aku rasa hanya aku seorang sahaja di kamsis .Sungguh sunyi dan sepi aku
rasakan.Tiada sebarang bunyi yang dapat memecahkan kesunyian yang aku rasa
selama 30 minit itu.Mata ku hanya tertumpu pada dinding bilikku yang dipenuhi
dengan tulisan-tulisan penghuni biliku sebelum ini.Seperti ada sesuatu yang
menarik perhatianku kerana pandanganku tidak beralih arah walaupun sesaat.
“Sampai
bila?” bisik hati bertanya pada diriku.Tiada jawapan yang dapat ku berikan
kerana aku tak tahu jawapan untuk persoalan itu.Berkerut dahi ku.Sepertinya ada
sesuatu yang ingin aku luahkan yang selama ini menjadi beban kepada
hatiku.Berat aku rasakan.Beribu cubaan telah ku lakukan untuk meringankan berat
itu.Namun hasilnya hanya menambahkan berat itu.Aku tidak pasti jika apa yang
aku rasakan ini adalah parasit dalam hidupku, ingin sahaja aku buang terus dari
hidupku.Ingin sahaja aku memecahkan kepala ku agar kesemua ingatanku
hilang.Sudah pasti beban yang berat itu turut pergi bersama ingatanku.
Tapi, apa
pula yang akan terjadi pada diriku dan juga kepada mereka yang berada
disekeliling ku.Adakah aku akan membebankan mereka pula? Oleh kerana tindakanku
yang terlalu mengikutkan perasaan itu, aku telah memberi bebanan kepada mereka
yang lain.Terlalu mementingkan diri tidak dapat memberi kebaikan kepadaku.
Ketukan
pintu telah membuat lamunanku terhenti.Pandanganku beralih ke pintu bilikku.
“Siapa?”
tanyaku.Tanpa sebarang jawapan pintu itu diketuk lagi.
“Siapa?”
untuk kali yang kedua soal ku.Namun tetap sama dengan tiada sebarang jawapan.
Aku bangun
dari katil dan dan terus menuju ke pintu.
“Siapa?”
soalku lagi untuk kali yang terakhir.Namun perkara yang sama berlaku.Tiada
sebarang jawapan.
Jam tepat
pukul 1230.Menjadi tanda tanya kepadaku.Siapa yang mengetuk pintu bilikku.Dengan
perasaan yang ingin tahu, kucapai tombol pintu dan memulasnya.Aku membuka
sedikit pintuku dan melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu ku.Bertambah
persoalan lagi kepadaku apabila kudapati tiada siapa.Lalu ku membuka
keseluruhan pintu bilik ku dan menjenguk keluar.Tiada kelibat ataupun bayang
yang dapat ku lihat.
“Siapa yang
ketuk pintu bilik ni?” soal ku.
Aku pun
kembali ke dalam bilik dan menutup semula pintuku.Berkerut dahiku memikirkan
siapakah yang mengetuk pintu bilikku.aku kembali semula ke tempat
asalku.Berbantalkan timbunan kain bajuku yang masih belum berlipat, aku
melabuhkan kepalaku.Masih terapung-apung di fikiranku.Siapa agaknya yang
mengetuk pintu bilikku.Terhenti sebentar apabila perut ku berbunyi.Jam ku
perhatikan lagi.Hampir pukul 1300.Aku masih tidak mengisi perut ku.
Tanpa
melengahkan masa aku pun bangun semula dari katil dan menuju ke almari yang hanya beberapa
tapak dari katilku.Pintu almari ku buka
dan ku capai sehelai baju putih.Laci kemudianya ku buka dan ku capai beg duit
ku yang tersorok ke dalam sedikit.Ku belek beg duit ku dan hanya ada dua helai
wang kertas yang berwarna merah.Baju putih yang kucapai sebentar tadi ku
sarungkan ke badanku dan aku terus
menuju ke pintu bilik untuk keluar pergi mencari makanan.Sebaik sahaja aku
menghampiri pintu bilik, aku dikejutkan lagi dengan bunyi ketukan.Dengan
segera, aku terus mencapai tombol pintu dan membuka pintu bilikku.Alangkah
terkejutnya aku apabila tiada siapa yang aku lihat dihadapan bilikku.Dengan
perasaan yang curiga aku terus menjenguk keluar bilik dan aku lihat satu
kelibat yang berlari keluar ke tangga bangunan kamsisku.Tanpa berfikir panjang
aku terus mengejar kelibat itu untuk mengetahui siapakah itu.Semakin aku kejar
semakin jauh aku ditinggalkan oleh kelibat itu.Akhirnya aku mengambil keputusan
untuk berhenti mengejarnya.Aku membongkokkan badanku dan tercungap-cungap aku
bernafas disebabkan kepenatan mengejar kelibat itu.Dalam kepenatan itu, aku
baru menyedari aku terlupa untuk menutup pintu bilikku sebelum mengejar kelibat
itu.Dengan pantas aku berlari anak kembali semula ke bilikku untuk menutup
pintu.Terseradung aku jatuh ke lantai di sebabkan kakiku tersangkut di palang
ketika ku cuba untuk melompat menyeberangi
palang itu.Berdarah sikuku kerana cuba untuk menahan badanku dari rapat ke
lantai.Dengan perasaan yang geram, aku bangun semula dan memaki palang yang
tidak bernyawa itu.Aku kemudian bergerak semula ke bilikku yang masih belum
tertutup.
Sebaik
sahaja sampai di aras bangunanku, aku melihat pintu bilikku sudah tertutup.
“Mesti angin
tiup dari dalam”, aku membuat andaian.Aku terus menghampiri bilikku untuk memastikan
tiada siapa yang berada di dalam biliku.Terkejut aku apabila aku tidak dapat
membuka pintu bilikku kerana terkunci dari dalam.Seingatku pintu kubiarkan
tidak berkunci dari dalam sebelum aku mengejar kelibat itu.Menjadi tanda tanya
kepadaku bagaimana pintu bilikku boleh terkunci dari dalam.
“Mungkin dia
dah balik kot” aku membuat andaian lagi.Aku pun mengetuk pintu bilikku.Namun tiada
sebarang reaksi atau jawapan dari dalam ku dapat.Lalu aku pun menyeluk poket
seluarku untuk mengambil kunci bilikku.Hanya itu sahaja cara untukku membuka
pintu bilikku.Namun tiada apa-apa yang ku dapat dari poket seluarku.Kunci
bilikku tiada di dalam poket seluarku.Aku sedikit terkejut dan meraba-raba
badanku mencari kunci.
“Mesti
tercicir dekat palang tadi”, fikirku.Lalu aku kembali semula ke tempat dimana
aku terjatuh sebentar tadi.Sebaik sahaja sampai, kunci bilik ku lihat berada di
dalam longkang berhampiran palang itu.Aku pun mengambil kunci itu dan kembali
semula ke bilikku.Sikuku masih berdarah.Aku kemudianya terus pergi ke bilik air
untuk mencuci sikuku yang berdarah itu.Sakitnya masih dapat ku rasa apabila air
kusiram ke tempat luka.Aku kemudianya mengelap sikuku dengan kain bajuku untuk
mengeringkan basah pada sikuku.Sambil itu aku berjalan keluar dari bilik air
yang hanya beberapa tapak dari bilikku.Teringat aku untuk makan apabila perutku
berbunyi semula.Aku pun meraba poket seluarku mencari beg duitku.Baru aku
sedari beg duit ku juga tercicir di palang itu.Terhantuk kepalaku di pintu
bilik kerana tidak menyedari aku sudah merapati pintu bilik.Aku pun berpusing
dan terus berlari anak sambil mengusap dahiku yang terhantuk di pintu bilikku.
“Harap-harap
tak ada siapa yang jumpa wallet aku
tu” bisik aku sambil berlari anak kembali semula ke tempat ku terjatuh untuk
mendapatkan beg duit ku. Sebaik sahaja sampai, aku terkejut melihat ada
seseorang yang terbaring di tempat aku terjatuh sebentar tadi.Aku pun cuba
untuk mengenal pasti siapakah yang terbaring itu dengan merapati dengan tubuh
itu.Semakin aku merapati, semakin rancak jantungku berdenyut.Aku terkejut
melihat diriku sendiri yang terbaring itu.Dengan perasaan yang terlalu takut
dan terkejut aku terus berlari jauh dari tempat itu dan kembali semula ke
bilikku dari arah yang lain.Kejutan demi kejutan datang menerpaku.Aku melihat
diriku lagi dihadapan pintu bilikku dari jauh.Kemudian diriku itu berlari
keluar seperti mana yang lakukan tadi.Kemudian aku lihat diriku lagi keluar
dari bilik mengejar diriku yang satu lagi itu tanpa menutup pintu.
Aku dengan
hati yang terlalu terkejut terus berlari masuk ke dalam bilikku menutup dan
mengunci bilikku.Aku yang masih berada dihadapan pintu berundur ke belakang dan
terus labuhkan punggungku ke atas katil.Aku masih terkejut memikirkan kejadiaan
yang menimpaku ini.Aku keletihan kerana terlalu banyak perkara yang aneh
berlaku.Aku kemudiannya melabuhkan badanku dan baring diatas katil.Dengan
perlahan mataku layu dan terus menutup mindaku dari terus berfikir....
Tuesday, 26 February 2013
EVENT AT PUTRAJAYA
Assalamulaikum...
3 hari yang lepas, aku ke PUTRAJAYA menghadiri mesyuarat kerajaan.Dalam mesyuarat tu aku mengeluarkan suara supaya kerajaan perlu ditukar yang baru..HAHAHAHA
Ok2, lupakan ayat kat atas tu.Tu main2 je.3 hari yang lepas aku ke PUTRAJAYA dengan sekumpulan pelajar POLITEKNIK PORTDICKSON menghadiri pertandingan PIDATO ANTARABANGSA PIALA PERDANA MENTERI.Jadi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan tu datang dari pelbagai negara.Antaranya yang boleh aku senaraikan ialah Afghanistan, Jordan, China, German dan dari amerika selatan(panama).Kebiasaannya warga asing yang bertutur dalam bahasa ibunda kita tidak dapat bertutur dengan baik.Biasanya dialek mereka akan dapat kita dengar dengan jelas.Tapi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan ni dapat bertutur dalam bahasa ibunda kita dengan cukup bagus dan jelas.Tak sangka aku.Tapi tak semua la yang dapat bertutur dengan baik.Apa yang aku nak sampaikan ialah, aku bangga la bila ada orang asing yang dapat bertutur bahasa melayu dengan lancar.Cara mereka bercakap tak ubah seperti kita bersembang bersama-sama rakan kita ataupun ahli keluarga.Amat menakjubkan.Jadi, dari situ aku dapat belajar sesuatu yang bernilai.Tak semestinya kita hanya perlu menggunakan apa yang kita dah biasakan.Kadang-kadang sesuatu yang baru juga perlu kita terapkan dalam kehidupan kita.Benda yang baru tu lah yang akan memberi perbezaan kita dengan orang lain.
So, masa kat sana sempat la aku bergambar dengan satu buku ni.Buku ni memang best.Bukan isi dalam nya la.Tapi cara penyampaian isi tu yang best..Macam komik spiderman...HAHAHA
3 hari yang lepas, aku ke PUTRAJAYA menghadiri mesyuarat kerajaan.Dalam mesyuarat tu aku mengeluarkan suara supaya kerajaan perlu ditukar yang baru..HAHAHAHA
Ok2, lupakan ayat kat atas tu.Tu main2 je.3 hari yang lepas aku ke PUTRAJAYA dengan sekumpulan pelajar POLITEKNIK PORTDICKSON menghadiri pertandingan PIDATO ANTARABANGSA PIALA PERDANA MENTERI.Jadi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan tu datang dari pelbagai negara.Antaranya yang boleh aku senaraikan ialah Afghanistan, Jordan, China, German dan dari amerika selatan(panama).Kebiasaannya warga asing yang bertutur dalam bahasa ibunda kita tidak dapat bertutur dengan baik.Biasanya dialek mereka akan dapat kita dengar dengan jelas.Tapi, peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan ni dapat bertutur dalam bahasa ibunda kita dengan cukup bagus dan jelas.Tak sangka aku.Tapi tak semua la yang dapat bertutur dengan baik.Apa yang aku nak sampaikan ialah, aku bangga la bila ada orang asing yang dapat bertutur bahasa melayu dengan lancar.Cara mereka bercakap tak ubah seperti kita bersembang bersama-sama rakan kita ataupun ahli keluarga.Amat menakjubkan.Jadi, dari situ aku dapat belajar sesuatu yang bernilai.Tak semestinya kita hanya perlu menggunakan apa yang kita dah biasakan.Kadang-kadang sesuatu yang baru juga perlu kita terapkan dalam kehidupan kita.Benda yang baru tu lah yang akan memberi perbezaan kita dengan orang lain.
So, masa kat sana sempat la aku bergambar dengan satu buku ni.Buku ni memang best.Bukan isi dalam nya la.Tapi cara penyampaian isi tu yang best..Macam komik spiderman...HAHAHA
![]() |
| Tajuk buku yang aku pegang tu "1001 MUSLIHAT NAJIB TIPU RAKYAT" HAHAHA... |
Subscribe to:
Posts (Atom)










